in ,

Cara Penjagaan Rambut Supaya Sentiasa Sihat!

Sumber gambar: blogunik.com

Rambut adalah mahkota setiap individu, tidak kira sama ada untuk lelaki atau perempuan. Memang ramai di antara kita yang selain menjaga kesihatan kulit dan badan, rambut pun ramai yang ambil berat sebab iyalah, tak kan korang nak biarkan saja ia nampak selekeh dan tidak teratur. Sudah pasti, impian nak ada rambut yang nampak sihat sentiasa itu ada dalam anganan setiap orang. Kali ini, kami akan kongsi dengan korang cara sebenar penjagaan rambut supaya ia sentiasa nampak sihat.

CARA SIKAT RAMBUT KENA JAGA

via GIPHY

Pertama adalah cara sikat rambut yang sebenar korang perlu tahu sebab kita tak boleh main sikat macam itu saja tau! Sebenarnya, sebelum korang syampu rambut, jika ada rambut korang yang kusut. Korang kena sikat dulu dan cara sikat rambut selepas rambut korang dah kering pula adalah dengan genggam bahagian tengah rambut dulu dan sikat bahagian hujung terlebih dahulu sebelum bahagian lainnya

RUTIN SEBELUM TIDUR

Sumber gambar: bustle

Selain itu, untuk korang yang berambut panjang. Korang memang kena praktikkan rutin sebelum tidur ini dulu supaya rambut korang kekal sihat. Cuba korang tocangkan rambut dan tarik hujung rambut itu di tepi leher. Ini bagi mengurangkan keguguran rambut korang. Macam kita tahu, memang kebanyakan masalah rambut gugur ini berlaku pada orang yang berambut panjang.

PERHATI PEMAKANAN

via GIPHY

Seterusnya, untuk memiliki rambut yang sihat sepanjang masa, korang kena juga perhatikan cara pemakanan korang. Untuk kesihatan rambut, korang kenalah sentiasa makan makanan yang tinggi khasiat protein seperti ikan, soya, daging dan sebagainya. Selain itu, makanan yang tinggi dengan vitamin C dan E juga memang sangat membantu untuk kesihatan rambut kita. Kemudian, pastikan korang minum banyak air untuk kekalkan kelembapan rambut.

URUTAN KEPALA SETIAP HARI

Sumber gambar: huff post

Korang juga boleh cuba masukkan urutan kepala selama 2 hingga 3 minit dalam rutin harian korang setiap hari sebab dengan mengurut bahagian kepala dari hadapan ke belakang selama 2 ke 3 minit mampu lebatkan rambut korang. Bukan itu saja, malah ia akan kurangkan migrain dan improve korang punya kulit supaya tak breakout. 

HAIR DRYER? APA ITU?

via GIPHY

Akhir sekali, elakkan diri korang dengan menggunakan hair dryer dengan kerap. Sebenarnya, hair dryer ini boleh menyebabkan rambut korang semakin mengering dan kasar tau. Sebaiknya, sekarang korang bertukar kepada blow dryer saja. Ini sebab perbezaan antara dua ini adalah tahap kepanasannya. Antara punca yang menyebabkan rambut serta kulit kepala rosak dan kering adalah disebab cara dan langkah-langkah yang salah ketika mengunakan hair dryer, cara yang salah adalah ramai yang mengunakan hair dryer pada rambut yang sudah pun kering. Cara ini adalah cara yang salah dan ianya boleh menyebabkan rambut dan kulit kering dan kusam. 

Menurut Dr Tim Moore yang merupakan seorang pakar daripada Ghd’s chief technology, Pengeringan semula jadi memerlukan masa yang lama dan air menyebabkan kutikula membengkak dan retak, merosakkan rambut. Antara yang paling sekali adalah untuk memastikan suhu hair dryer tersebut ditahap kepanasan yang rendah apabila mengunakannya pada permukaan rambut korang.

Bila korang dah tahu bagaimana cara sebenar nak jaga rambut supaya kekal sihat. Korang bolehlah masukkan dalam rutin harian korang. Iyalah, rambut ini pun salah satu peranan penting dalam penampilan kita untuk berjumpa orang dan sebagainya. Jadi, sebaiknya jagalah mulai dari sekarang. Sama juga dengan korang yang bertudung, walaupun orang tak nampak rambut korang tapi ia masih perlu dijaga okay! Hehe! 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Deretan K-Pop Idol Ini Hampir Debut Dengan Group Lain

Kerja Part Time Yang K-Pop Idol Buat Sebelum Debut!