in ,

Cara Pelajar Korea Belajar Yang Boleh Korang Cuba

Sumber gambar: cosmopolitan.co.id

Korang mesti pernah tengok dalam K-Drama ke, atau K-Movie yang bergenre zaman sekolah. Kalau pelajar Korea belajar, mesti sepanjang cerita itu mereka belajar sahaja dan kalau bercinta pun still belajar dan pergi sekolah pun kadang-kadang dari pagi sampai balik pun malam kan? Ha! Kalau korang nak tahu ada beberapa dari K-Drama atau K-Movie yang berlatarkan zaman sekolah di Korea ini sebenarnya hampir kesemuanya betul tau! Dan kalau korang nak tahu, cara sebenar pelajar sekolah di Korea itu belajar macam mana, mungkin korang boleh cuba sebab kami akan kongsikan sekarang juga! Haha! 

WAKTU YANG LAMA

via GIPHY

Untuk pengetahuan korang, waktu belajar pelajar di Korea itu memang lama dan kalau mereka belajar memang wajib sampai malam. Purata pelajar di Korea itu belajar dalam sehari adalah dalam 16 ke 18 jam. Woah! Memang lama kan? Bermula dari pagi mereka ke sekolah, sampai lah ke malam campur kelas tambahan di sekolah, di tuisyen dan banyak lagi.

STUDY PLANNER

via GIPHY

Selain itu, pelajar di Korea juga mereka ada membuat study planner harian. Contohnya, mereka akan buat satu jadual untuk belajar matematik pada hari Isnin, dan itu akan disertakan dengan topik apa yang mereka akan fokus dalam matematik contohnya Theorem Phytagoras, selama satu jam setengah dan lain-lain. Dan korang mungkin, boleh mula buat study planner korang bermula hari ini.

REVIEW DAN LATIHAN

via GIPHY

Pelajar di Korea juga memang rajin untuk buat review dan latihan untuk setiap subjek mereka. Ini kerana supaya mereka tidak lupa dengan benda yang mereka belajar dan mereka memang rajin untuk menghafal dan mereka akan rajin buat latihan dengan menjawab banyak soalan-soalan yang berkaitan dengan apa yang mereka pelajari.

SNEK DAN KOPI

via GIPHY

Disebabkan mereka akan belajar dalam waktu yang lama sehingga malam. Pelajar di Korea memang selalu sediakan snek dan kopi semasa mereka belajar. Ini supaya mereka akan sentiasa bertenaga dan tidak kepenatan semasa belajar.

BREAK=TIDUR

via GIPHY

Mereka juga akan menggunakan waktu rehat mereka dengan tidur. Iyalah, dah belajar itu kadang-kadang sampai malam dan ada antara mereka yang tidur pun tak cukup. Sebab itu, mereka akan manfaat kan masa beristirehat dengan tidur.

Woah! Agak struggle and tough juga ya cara mereka belajar. Patutlah kebanyakan dari mereka ini memang terlalu gigih untuk belajar. Mungkin ini disebabkan sistem penskoran peperiksaan mereka agak terlalu tinggi dan selain daripada markah 70% itu mereka akan dikira gagal. Dahsyat ya! Kalau kita tengok pun ramai juga yang stress disebabkan hal itu tetapi kalau korang di Malaysia yang aman damai dan ada toleransi dalam pelbagai aspek ini, rasanya korang boleh saja nak ikut cara belajar mereka dan tak perlu pun sampai stress okay! Sebab kalau korang stress, kesihatan fizikal dan mental korang terjejas pun tak boleh juga kan! Hehe

What do you think?

27 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Confirmed! Gandingan Pelakon Hebat Korea Untuk Movie 2020!

Senarai K-Idol Yang Tengah In Relationship #iship