in ,

Cara Paling Mudah Tidur Awal Untuk Student

Sumber gambar: pinterest.com/seamelinen

Rasanya, memang ramai akan geram diri sendiri setiap kali bila dah masuk bilik nak tidur tetapi kita tak boleh tidur, betul tak? Kadang-kadang, kita dah cuba buat pelbagai cara dan banyak posisi selesa untuk tidur pun masih tetapi mata ini tak nak terlelap.. Lebih lagi yang nak ke sekolah pada sesi pagi, situasi itu akan buat kita mengantuk dalam kelas pada keesokan harinya sebab penat paksa diri tidur. LOL! Okay, kalau korang dah tak tahu macam mana nak tidur awal, selepas ini mungkin korang boleh cuba beberapa cara yang akan kami kongsikan ini supaya korang mudah tidur awal.

SUSU SUAM

Sumber gambar: ultramedsglobal

Kalau boleh setiap satu jam sebelum tidur, korang cuba minum susu suam satu cawan. Korang jangan minum susu suam seperti korang minum air masak tetapi korang minum dengan sedikit demi sedikit dengan ketenangan sambil tarik nafas dengan baik. Sambil korang dengar lagu-lagu favorite korang, memang layanlah minum susu suam.

JANGAN MAKAN MALAM

Sumber gambar: sleepydeep

Korang juga perlu elakkan makan selepas pukul 8 malam, antara sebab utama kenapa korang susah tidur malam adalah makan malam. Ini sebab makanan yang kita makan akan mengambil masa dalam dua jam untuk sesi penghadaman dan waktu itu memang susah untuk korang nak tidur. Jadi, selepas ini kalau paling lewat korang nak makan malam pun pukul 8 atau 9 malam okay!

BELAI RAMBUT

Sumber gambar: bustle

Selain itu, dengan membelai rambut korang sebelum tidur sambil baring pun membantu korang untuk tidur dengan lebih mudah. Ia ibarat sesi memanjakan diri korang sendiri sebab kalau perasan dengan belaian seseorang, kita memang akan mudah tidur tanpa ada masalah. Kalau korang ada parents yang rajin membelai korang sebelum tidur itu memang bonus, tapi biasanya bila dah besar, mesti susah sikitkan? Sebab mereka nak korang berdikari. 

BERNAFAS 

Sumber gambar: medicalnewstoday

Akhir sekali, korang juga boleh cuba untuk bernafas dengan perlahan sama seperti sesi korang tarik dan lepaskan nafas sama seperti korang habis bersenam. Ini sebab bernafas dengan betul itu mampu membantu badan korang untuk lebih relax dan senang nak tidur.

Dalam kesemua empat cara yang kami kongsikan ini, korang boleh cuba antara salah satu dan kalau nak buat kesemuanya sekali pun boleh. Selepas itu, korang jangan pula lepas dah cuba semua tips ini, korang pergi leka kan diri korang dengan bermain telefon. Kalau boleh bila nak masuk tidur itu, korang buat segala hal dengan tenang sebab kalau bertenang korang nak masuk tidur pun senang. 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Budak 16 Tahun Celebrate Birthday Di Hotel?

Senarai Challenge Yang Pernah Viral Di Malaysia