in ,

Cara Pakai Losyen Pun Salah Juga?

Sumber gambar: https://www.beautyheaven.com.au/hands/hand-cream/hand-cream-care-tips

LOL! Sapu losyen pun ada cara yang sebenar? Sapu je la macam biasa, takkan tu pun salah juga?

Woopss! Korang rasa before this cara sapu losyen tu betul ke main bantai je asal sapu? Apa kata lepas korang baca article Ainaa ni, check balik sama ada korang sendiri buat kesalahan macam ni atau sebenarnya korang berada di landasan yang betul…

TERUS SAPU PADA KULIT KERING

via GIPHY

Biasanya kita pakai losyen sebab kulit kering, then terus direct sapu je dekat tangan, kaki atau mana-mana bahagian badan. Cara yang sebenar ialah korang kena skrub dulu bahagian badan yang kering before pakai losyen. Kalau tak nanti losyen takkan dapat meresap sepenuhnya ke dalam kulit kita.

SAPU SECARA KASAR

via GIPHY

Pam sikit losyen, sapu laju-laju then siap! Uish, laju-laju nak pergi mana tu sis? Kita sepatutnya sapu secara perlahan-lahan supaya losyen tu dapat meresap ke dalam kulit. Seeloknya sapu losyen dalam gerakan memutar mula daripada kaki sampai la ke leher. Apa salahnya terus losyen satu badan, baru la kulit lembut dan segar.

SATU LOSYEN UNTUK SATU BADAN

Sumber gambar: https://www.stives.com/ca/en/products/st-ives-oatmeal-shea-butter-body-lotion

Kenapa nak beli banyak-banyak losyen kalau boleh gunakan yang sama untuk satu badan? Salah tu girls sebab ada certain losyen hanya boleh dipakai dekat bahagian tangan dan tak sesuai untuk badan. Actually losyen ada dua jenis which is satu krim dan satu lagi gel. For those yang kulit dekat bahagian lutut dan sikunya kering, kena pakai jenis krim dan losyen jel untuk bahagian badan yang lain.

BILA RASA PERLU JE BARU PAKAI

Sumber gambar: http://www.arlenenguyen.com/skin-care/2015/8/23/6vor48tqf68wojjb337mjwstcnd83z

Korang dalam kategori yang pakai losyen bila perlu je ke atau memang setiap masa losyen perlu ada dengan korang? Waktu yang sesuai untuk pakai losyen ialah lepas mandi sebab that time losyen akan serap masuk ke dalam badan dengan lebih cepat. At least paling lambat pun pakai 30 minit lepas mandi. Lepas ni ikut cara ni okay.

So girls, korang dalam kategori yang mana satu? Ainaa dekat part last sekali sebab asyik lupa je nak pakai. Hehe! Share sikit losyen apa yang jadi favorite korang!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

ALERT! Ini Cara Pakai Deodorant Dengan Betul!

Malaysia Jadi Tuan Rumah Piala Dunia Mobile Legends!