in ,

Cara Nampak Cantik Semula Jadi Tanpa Makeup

Sumber gambar: Instagram @tyrakmrzmn & @mfmirafilzah

Untungnya dia tak makeup pun dah cantik.. flawless je! Apa rahsia dia agaknya eh? Kita pakai produk bukan main banyak, tapi muka tetap macam ini juga…..

Semua orang ada kecantikan dan kelebihan mereka tersendiri. Apa kata kita hargai diri kita lebih daripada kita hargai orang lain.. sekali sekala tak salah puji diri sendiri depan cermin tau! Kalau korang nak tahu, kecantikan semula jadi datang dari dalam diri.. Kita tak perlu pakai pelbagai jenis produk untuk cantikkan muka sebab tak semua produk sesuai dengan kulit kita.

Ingat girls, tak semua orang ada kulit yang sama macam kita. Ada yang kulit berminyak, kulit kering atau ada juga yang combo kulit berminyak tapi kering. Sebab itulah kecantikan diri bermula dari dalam. Apa yang kita makan dan lakukan pada diri akan cerminkan kecantikan kita. Korang dah bersedia nak tahu rahsia cantik semula jadi tanpa make up? Inilah rahsia..

KEKAL HIDRAT & CUKUP TIDUR

via GIPHY

Dengar macam klise tapi inilah kebenarannya. Kekurangan air dalam badan dan tak cukup tidur akan terserlah di muka sebab itu kalau korang perasan, bila kita kurang air dan penat, kulit dan bibir akan kering dan tak bermaya. Jadi girls, pastikan korang cukup tidur antara 6 sehingga 8 jam satu hari. Kalau cukup kedua ini, muka kita akan nampak segar. Jangan lupa untuk minum air secukupnya untuk satu hari supaya kulit lembap dan sentiasa bermaya. Lepas ini mungkin korang tak perlukan foundation lagi!

SAYUR DAN BUAH

Sumber gambar: idntimes.com

Ya, sayur dan buah! Kebanyakan remaja kurang makan sayur dan buah. Kalau korang dalam geng tak makan sayur dan buah, korang sangat rugi! Sebenarnya nutrisi dalam sayuran dan buah-buahan membantu kulit kita kekal anjal dan muda. Jadi, bila kita cukup makan sayur dan buah, kulit muka akan glow secara semula jadi tanpa memerlukan highlighter ya. Power ke tidak sayur dan buah? Lepas ini korang pasti ke tak nak beralih ke geng makan sayur?

CUCI MUKA

Sumber gambar: YouTube Rilaccoco

Bila duduk rumah satu hari tak makeup pun kita tetap kena cuci muka sebelum tidur. Sebab apa? Udara yang ada di sekeliling kita mengandungi pelbagai hama kecil atau particles yang bahaya pada kulit. Ya, kita tak akan nampak apa yang melekat di kulit muka sebab itu penting untuk cuci sebelum tidur. Lebih lagi untuk korang yang ada habit suka pegang muka! Muka kita akan mengeluarkan minyak semula jadi sepanjang hari, jadi tak pelik kalau bacteria and particles jahat mudah melekat bakal menyebabkan pori muka tersumbat.

Tip: Korang boleh cuci muka dengan air sejuk untuk kesan yang lebih baik.

FACE CREAM

via GIPHY

Untuk face cream, korang boleh guna mengikut kesesuaian kulit masing-masing. Ingat ya, tak semua orang sesuai dengan jenama yang kita pakai. Face cream sangat penting untuk buat kulit lembut. Ia akan bantu kulit kita kekal hydrate. Β Jangan lupa juga untuk pakai moisturiser sebelum tidur selepas cuci muka okay!

RAMBUT

via GIPHY

Rambut juga penting untuk kita! Cara kita gayakan rambut memainkan peranan penting untuk rupa paras kita secara menyeluruh! Gaya rambut yang tepat mengikut bentuk muka akan memberi impak positif kepada kita. Jangan pula dah beriya muka cantik dan flawless tiba-tiba rambut berbau. Alamak girls, potong! Pastikan rambut bersih dan nampak kemas. Sama juga untuk hijabis, warna tudung yang sesuai dengan kulit akan naikkan seri muka kita. Jadi, cuba untuk explore warna tudung Β selain pakai warna hitam sahaja.

1,2,3.. SENYUM!

Sumber gambar: Instagram @ainaa_lunaria

Tak kisah korang nak senyum siput macam Tee & Ainaa dalam gambar atas atau nak senyum lebar seluas lautan.. Asalkan ia satu senyuman. Senyuman adalah pemanis kecantikan semula jadi yang paling rare! Sebab setiap orang ada manis senyuman tersendiri.. Ada yang senyum sikit dah manis dan ada pula yang senyum nampak gigi buatkan dia glow! Untungnya!

Apa LUNARIA nak tekankan di sini, kecantikan itu subjektif. Mungkin di mata kita nampak bashe-bashe, tapi di mata orang lain nampak sangat cantik! Apa yang penting, yakin dengan diri sendiri dan sayangi diri okay!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Drama Dan Movie Di Netflix Korang Harus Layan

Movie ‘Chick Flick’ Onz Kat Netflix