in , ,

Cara Nak Tahu Orang Annoyed Dengan Kita!

Sumber gambar: https://www.lifewire.com/best-memes-4160652

Kenapa dia ni nampak macam annoyed saja dengan saya? Saya ada buat apa-apa ke kat dia?

#Lunagirls pernah tak nampak orang tu macam serabut dengan korang waktu korang tengah bercakap atau lepak ramai-ramai? Lepastu dia macam buat muka kat korang sampai korang tak selesa langsung. Kalau betul lah dia annoyed dengan korang cuba korang baca ni? Mungkin salah satu cara ni memang betul orang tu annoyed kat korang…

MALAS LAYAN

via GIPHY

Biasanya malas layan ni lebih kurang tahap awal orang dah start menyampah dengan korang lah tu. Dorang juga akan reply “ha…yelah…” atau “hmm” “k” dan banyak lagi ah eh uh dorang sebab memang dah malas nak layan korang. 

BUAT MUKA

Sumber gambar: https://imgflip.com/memetemplate/102125812/Annoyed-face

Selalu orang yang dah annoyed dengan kita ni dia suka buat muka tahap menyakitkan hati kita. Hmm, kalau dah nampak orang buat muka kat korang tu, bawa-bawa lah diamkan diri ya. Risau nanti dia akan ucap kata-kata yang sakitkan hati saja.

TAK BAGI RESPON

Sumber gambar: https://www.commondreams.org/further/2014/01/08/we-are-bad-people-missouri-bar-owners-epic-your-face-6-response-starbucks-cease

Krik…krik…krik…bunyi cengkerik. Orang kalau dah tak suka sangat ni dorang akan diam saja bila korang cakap lebih kurang macam malas layan juga tapi ni memang tahap dia anggap diri korang macam hantu yang tengah bercakap sorang-sorang.

SELALU MENYAMPUK

via GIPHY

Kalau orang tu selalu menyampuk waktu kita tengah bercakap pun salah satu tanda yang mereka dah annoyed dengan korang sebabnya dia tak nak dengar korang bercakap. Tak nak kasi chance lah begitu.

SELALU TUKAR TOPIK

via GIPHY

Tukar topik waktu korang bercerita apa-apa hal. Woah! Ini memang tahap super buat kita sakit hati ni tapi itula lebih baik orang tu jujur saja kalau dah annoyed dengan kita saja kan daripada tukar topik dan buat kita left out macam tu. Sedihnya alahai~  

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Korang Mangsa Buli? Jangan Terus Jadi Lemah!

Life Hacks: Iron Baju Boleh Buat Roti Bakar