in ,

Cara Nak Tahu Bakat Terpendam Seseorang

Sumber gambar: koreandramaland.com

Untuk pengetahuan korang, sebenarnya setiap orang sudah dilahirkan dengan bakat masing-masing yang mana memang sangat unik. Akan tetapi, masih ada lagi di antara kita yang tidak tahu lagi apa bakat sebenar sebab belum explore lagi. Disebabkan hal itu juga, mesti ramai yang tak sabar nak tahu apa bakat masing-masing. Okay! Kalau korang nak tahu bagaimana cara nak tahu bakat terpendam seseorang, cuba korang tips yang kami nak kongsi ini…

CARI POINT EXTRA DARI DIRI

via GIPHY

Benda paling penting dan pertama adalah korang perlu cari point extra dari diri sendiri. Contohnya, kalau korang tengah muhasabah diri itu, tiba-tiba korang macam rasa “eh! Saya boleh nyanyi lah…” atau boleh menari ke, berlakon ke atau lain-lain. Hiraukan sahaja apa orang nak cakap korang perasan atau syok sendiri ke, sekurangnya korang tahu dulu.

DENGARKAN KRITIK

Sumber gambar: we heart it

Selain dari itu, korang juga kena selalu berani untuk dengar kritikan orang lain tentang diri korang sebab dari situ, korang boleh cuba perbaiki diri untuk jadi lebih baik. Selalunya, bila orang dah beritahu kekurangan korang, utamanya kawan, mesti mereka akan point out korang punya kelebihan juga. 

SELALU CUBA HAL BARU

via GIPHY

Jangan pernah takut untuk sentiasa cuba melakukan hal baru, dan jangan malas. Kalau korang malas dan takut untuk lakukan hal baru, sampai bila-bila korang tidak akan tahu apa bakat terpendam korang. Walaupun hal baru itu susah untuk dapat sokongan dari orang sekeliling korang, korang just be and speak yourself dan buat saja apa yang korang nak buat.

CARI BENDA YANG KITA SUKA

Sumber gambar: pinterest

Seterusnya, korang juga kena pastikan apa yang korang buat itu adalah sesuatu perkara yang korang suka dan bukan sesuatu benda yang dipaksa. Buat perkara yang kita suka itu pun adalah sesuatu hal yang sangat positif untuk diri sendiri tau. Bukan sahaja korang akan dapat motivasikan diri, malah korang juga tidak akan merasa terbeban dengan hal sekeliling yang negatif.

TANYA ORANG LAIN

via GIPHY

Supaya tidak syok sendiri atau perasan tentang bakat terpendam korang, apa kata korang cuba tanya orang lain juga untuk nilai tentang bakat korang? Biasanya kalau awal-awal ini, mesti kawan-kawan akan sengaja bergurau dan judge, akan tetapi kalau korang dah asah bakat korang awal-awal dan ia akan jadi lebih baik, mesti lama-lama mereka akan beri pendapat yang lebih baik juga.

Senang sahaja sebenarnya. Mungkin selepas dah tahu cara nak explore bakat masing-masing. Korang mesti tak percaya dan akan amaze dengan diri sendiri. Apa yang penting, jika korang dah tahu apa bakat terpendam sangat penting untuk terus usaha lebih sikit untuk perbaiki dan maintain sebab mana tahu ia boleh jadi soft skill korang yang berguna pada masa akan datang. 

What do you think?

9 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Baru Berusia 12 Tahun, Artis Cilik Aryanna Dah Beli Kereta

Misteri Tentang Tubuh Badan Manusia Yang Korang Perlu Tahu