in ,

Cara Nak Kaki Licin Macam Telur Rebus!

Sumber gambar: www.futurity.org

Untung jadi K-Idol, muka flawless, tangan flawless dan kaki pun flawless sangat! Eeeiiii geramnya! Mesti banyak benda yang mereka buat untuk dapatkan kaki cantik macam tu kan? Agak-agak banyak tak duit yang dilaburkan untuk dapat hasil meletop macam tu? Jawapanya tidak girls, trick mereka hanya amalkan…

SELALU URUT KAKI

Sumber gambar: http://www.tribunnews.com/kesehatan/2013/04/27/jangan-remehkan-kram-bisa-picu-kematian-mendadak

Kalau sebut je K-Idol, benda yang paling ramai suka tentang diri mereka selain muka yang flawless ialah kaki yang cantik dan panjang! Bagi K-Idol Min Ah, cara untuk dia dapatkan kaki yang cantik ialah selalu urut kaki sebab dia selalu alami masalah kaki bengkak. Dengan cara tu otot kaki akan jadi buat kulit kaki lebih sihat dan lebih anjal!

BUAT REGANGAN

Sumber gambar: https://ms.diphealth.com/438-leg-stretching-exercises-2696361-78

Orang selalu pergi gym nak dapatkan badan yang ideal.. kadang-kadang sampai terlupa yang ada ‘makhluk asing’ yang duduk dekat kaki! Sebab tu korang kena juga buat regangan kaki supaya lemak tak berkumpul dekat situ dan kaki akan kelihatan langsing. At the same time otot kaki pun akan terbentuk. Buat regangan ni setiap pagi supaya kaki korang kekal cantik.

SCRUB KAKI

Sumber gambar: https://hijab.dream.co.id/beauty/5-cara-membuat-scrub-gula-untuk-merawat-kaki-180626e.html

Jangan anggap tak ada orang nampak kaki kita, sampai abaikan penjagaan kaki tau. Kita kena juga selalu scrub kaki untuk buang segala macam sel-sel kulit mati. At the same time kulit kaki korang pun akan jadi lebih cantik dan bersih! No more kulit tompok gelap lagi..

PAKAI OIL

Sumber gambar: https://may.healthyliving-healthnetwork.com/4210427-essential-oil-for-legs-useful-properties-features-of-application

Ada orang guna baby oil untuk letak dekat rambut tapi sebenarnya ia boleh juga disapukan pada kaki. Sapu dekat kaki untuk buatkan kaki kita berseri-seri dan glowing gitiew.. At the same time minyak tu akan salurkan vitamin dekat kaki kita juga!

Lepas ni jangan pandang rendah tentang penjagaan kaki. Walaupun tak ada orang nampak kaki kita pun, tapi still kena jaga juga ya #Lunagirls! Risau nanti orang lain tengok terus terperanjat! Hehe! Jangan lupa juga untuk potong kuku kaki..

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Fake News Berleluasa? Jangan Mudah Percaya Please!

Bila Tee TERPAKSA Say Yes To Everything 😱