in ,

Cara Nak Handle Orang Yang Biadap Bila Berborak

Sumber gambar: seoulistic.com

Urghhhh geramnya tengok orang biadap ni! Sakit hati nak melayan dia punya perangai biadap tu lepastu lagi geram nak kena tahan rasa marah dalam hati ni.

Orang biadap ni ada dekat sekeliling kita tanpa kita sedari. Even kawan rapat kita pun boleh jadi dalam golongan orang yang biadap. Maksud biadap ni tergolong dalam percakapan lisan, bahasa tubuh badan atau di alam maya which is si keyboard warrior yang tak puas hati tengok orang lain senang. Tapi kalau kita balas semula, perasaan negative tu akan menguasai diri kita, so kita pun sama la dengan orang yang biadap tu. Untuk elakkan rasa negative dalam diri, korang pun tak boleh la nak layan sangat benda tu. Jom kita tengok macam mana cara untuk berdepan dengan manusia biadap ni, hehe!

BERTENANG SIS, JANGAN MARAH

via GIPHY

Tak guna kalau korang nak balas perangai biadap orang tu dengan kata-kata kesat. Nanti korang sendiri yang sakit hati juga kan? Let say tak tahan sangat, korang cuba untuk bertenang. Cuba la nyanyi lagu favorite korang dalam hati, gembirakan hati yang tengah sakit tu. Tarik nafas dalam-dalam dan nyanyi dengan penuh perasaan. Confirm korang akan rasa tenang dan tak rasa nak balas balik perbuatan biadap tu. Bila kita tarik nafas dalam-dalam ni, kita ibarat hantar mesej pada otak kita untuk rasa lebih bertenang. Mana tahu lepas buat semua tu korang dah boleh hilangkan rasa marah.

ORANG BUAT JAHAT, KITA BALAS BAIK

via GIPHY

Kata orang buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Tapi kalau dah sampai tahap biadap menyakitkan hati ni macam mana nak handle bagi dia faham yang kita ni tengah tak selesa dengan perangai dia tu? Apa yang korang boleh cuba ialah jangan balas dengan perkataan atau perbuatan negative, kita balas dengan positive je. Dia biadap, kita senyum dan kekal mesra je depan dia. Kalau dia tu bijak, dia akan faham yang korang sebenarnya tak selesa dengan kelakuan dia tu. Bila kita balas perbuatan jahat dengan kebaikan, ia boleh jadi penawar terhadap benda negative. At the same time, korang pun bagi good vibes dengan orang tu juga. Masing-masing akan rasa ketenangan walaupun sebelum tu korang memang dah sampai tahap marah nak mengamuk.

BUAT LAWAK UNTUK HILANGKAN MARAH

via GIPHY

Biasanya orang yang bersikap biadap ni mesti dia dalam keadaan marah atau memang diri dia sendiri yang pilih untuk jadi biadap. So korang memainkan peranan untuk meredakan keadaan sebab mesti korang sendiri taknak keadaan jadi lebih rumit kan. Pemilihan tutur kata ialah benda yang paling penting sekali, at least korang bagi respon lawak pun boleh menenangkan keadaan. Kira gurau manja la untuk bagi dia rasa bertenang dan tak lagi keluarkan kata-kata menyakitkan hati. Bagi lawak yang boleh buat dia terasa tapi biar terasa tu dia sedar yang sikap dia tu sangat tak selesa. Maybe dia pun akan rasa malu dengan perbuatan dia yang biadap tu.

CAKAP TERUS DEKAT MUKA DIA

via GIPHY

Nak tahan rasa marah dengan orang biadap ni susah juga, asyik sabar je tak habis. Lama-lama kita pun dah boleh hilang rasa sabar tu, kita pula yang mengamuk depan dia. Sebelum korang mengamuk, baik straight to the point je yang sebenarnya korang sangat tak gemar dengan sikap biadap dia tu. Daripada korang berdiam diri then hati sendiri yang sakit, baik terus cakap je dekat depan dia. Bagi tahu secara jujur yang korang tak suka dengan sikap negative dia tu sebab buatkan korang rasa tak selesa. Tapi jangan pula korang menjerit dekat depan dia, cakap dalam keadaan bertenang dan bersabar okay girls! Tegur kesalahan dia secara baik dan jangan provoke untuk menimbulkan pergaduhan sampai buat suasana tegang.

Tak susah pun nak handle orang biadap ni, asalkan korang pun jangan biadap sekali dengan dia sudah la. Kalau korang pun sama-sama biadap, no point la sebab tak ada beza pula dengan dia. Ingat, kalau dah tak boleh tahan, jujur je supaya dia tahu apa salah dia. Korang diam je, memang sampai bila-bila dia akan bersikap biadap macam tu.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

ARMY Mengamuk, Gambar BTS Di-Edit Botak

Tips Nak Borak English Ala ‘British Accent’