in ,

Cara Nak Handle #KomunitiPontengPuasa

Sumber gambar: https://www.hire-profile.com/article/when-to-say-no-to-new-business/

Kita bukan main azam kalau boleh nak puasa penuh tahun ni, tapi ada pula classmate yang ajak ponteng puasa dekat sekolah. Hmm..

Haa, siapa pernah berhadapan dengan kawan yang macam ni atau korang sendiri yang jadi penghasut tu? Ehh, tak baik tau hasut kawan-kawan suruh ponteng puasa. Padahal korang dah separuh hari puasa dah, just tunggu beberapa jam je lagi before waktu berbuka. Tapi kalau ada kawan yang cuba hasut korang, try atasi niat ‘murni’ dia dengan cara ni…

BAGI TAZKIRAH

Sumber gambar: https://qasehdaania.blogspot.com/2017/05/10-kebaikan-berpuasa-untuk-kesihatan.html

Kadang-kadang orang yang nak hasut kita berbuka ni, jenis yang tak peduli perasaan orang lain yang dah penat lelah tahan lapar dan dahaga seharian. Cuba korang bagi tazkirah sikit dekat telinga dia tentang balasan orang yang sengaja tak berpuasa pada bulan Ramadhan. Mula-mula bagi la tazkirah secara halus untuk bagi ‘warning’ dulu, tapi kalau hari-hari dah ajak ponteng walaupun jam baru pukul 11 pagi, elok la tazkirah secara kasar supaya dia sedar diri. #DoneTazkirah

INGATKAN NIKMAT BULAN RAMADHAN

via GIPHY

Jom ingatkan dekat dia tentang nikmat berpuasa pada bulan Ramadhan. Maklum la, dalam masa sebulan ni semua kebaikan dan amal ibadah kita akan berlipat ganda. Nak lagi sentap, ingatkan dia tentang bencana yang menimpa umat Islam dekat Palestin yang susah nak merasa nikmat berpuasa, sampai la kawan korang terus sedar kesilapan dia. Confirm dia insaf dan terus puasa penuh. Hehe!

AJAK PERGI SURAU

via GIPHY

Bulan Ramadhan sangat sinonim dengan melakukan kebaikan dan tambah pahala. Masa kawan korang dah paksa-paksa ajak ponteng puasa, korang terus ajak dia masuk surau sekolah. Tenangkan diri dekat dalam surau dan ajak dia buat solat sunat atau solat taubat. Ye la, tak habis-habis nak hasut orang ponteng puasa, suruh dia solat taubat dulu takut ‘syaitan’ dalam diri dia terlepas, tak kena ikat.

BACA YASIN DEKAT DIA

Sumber gambar: https://www.almukhlisin.my/bagaimana-perasaan-anda-ketika-membaca-al-quran/

Ni step akhir la yang korang boleh buat. Bacakan surah Yasin dekat telinga dia dan mudah-mudahan surah Yasin tu dapat sedarkan diri kawan korang tu. Kalau surah Yasin pun tak jalan, Ainaa tak tahu nak cakap apa dah. Mungkin elakkan berjumpa dengan dia di bulan yang mulia ni so korang tak terjebak dengan “projek” dia.

Ala, sekejap je kan kena tahan lapar dan dahaga. Nanti dah azan Maghrib makan la puas-puas. Tapi rasanya waktu berbuka korang takkan makan banyak pun, just minum air bergelas-gelas je sebab dahaga yang melampau. Apa pun, ingat ya girls, jangan paksa orang lain ponteng puasa. Lagipun kita berpuasa ni sebulan je, sabar sikit ya..

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bra Pasar Malam Buat Dada Senget?

Mother’s Day Special Dengan Lunagirls!