in , ,

Cara Nak Famous Dekat Sekolah #StarterPack

Sumber gambar: andrinerazzuri.blogspot

Wowww, hot gila geng boys tu. Kelas mana mamat tu? Baru pindah sekolah ke? Mesti bijak punya dia ni! Kejap, nak stalk dia la…

Amboi amboi, baru lepas sesi usha orang dekat kantin sekolah ke? Bukan main laju mata ya tengok boys or girls lalu depan mata. Sampai tak nak lepas ya tengok mereka semua. Entah-entah semua budak baru kelas sebelah? Ada chance nak masuk line tak?

via GIPHY

Best ya jadi famous dekat sekolah, tak kisahlah perempuan atau lelaki. Dua-dua akan jadi perhatian ramai. Lalu je dekat mana-mana kelas, confirm ada mata yang sedang memandang. Bonus point kalau crush pun pandang sekali #yass Korang nak tahu macam mana cara nak jadi famous dekat sekolah? Definisi famous yang LUNARIA maksudkan ialah yang sering dapat perhatian bila ‘tawaf’ sekolah, bukan yang famous sampai ramai fans siap ada fan club. So today, LUNARIA akan share dengan korang beberapa cara yang boleh korang ikut untuk jadi famous dekat sekolah, which is…

ATLET SEKOLAH

Image result for pemain rugby sekolah
Sumber gambar: Teganukite

Ini perkara paling utama untuk jadi famous, atau erti kata lain, hot stuff starter pack! Korang boleh jadi atlet yang mewakili banyak sukan di sekolah. For boys, of course sukan paling common ialah bola sepak atau sepak takraw. Lagi best kalau korang juga atlet sekolah untuk sukan rugby! Ehemm, girls suka ya boys yang main rugby sebab nampak kuat! Untuk girls pula, sukan yang boleh korang masuk untuk bergelar atlet famous ialah netball, lari pecut atau apa sahaja yang berkaitan dengan itu. Percayalah, once korang join jadi atlet, akan ramai orang akan kenal korang.

PANDAI BUAT LAWAK

via GIPHY

Siapa je yang tak suka orang lawak? Orang yang ada sifat kelakar dia ada satu vibes yang mana siapa je berkawan dengan dia akan rasa happy sentiasa. So kalau nak jadi famous dekat sekolah, kena pandai buat lawak hiburkan hati orang lain. Baru ramai orang akan suka dekat korang. Asalkan jangan buat lawak lucah, lawak biasa pun dah okay. Lagi bagus kalau diri korang memang dah semula jadi kelakar, bukannya try hard untuk jadi kelakar. You know what i’m saying dear boys and girls?

PANDAI & HELOK IALAH BONUS POINT UTAMA

View this post on Instagram

#backtobasics angels for community service at Hari Bola Sepak Selangor!

A post shared by Sharifah Rose Sabrina (@sharifahrose_) on

Sudahlah hot, famous lepas itu pandai dan muka boleh tahan pula! Bukan setakat famous dekat sekolah je, famous dekat hati orang lain pun boleh jadi juga. Pandai satu hal, dapat pula muka cantik dan handsome. Lagilah senang nak jadi famous dalam kalangan students lain di sekolah. Korang akan jadi tarikan utama setiap masa. Semua orang dekat kelas nak minta korang ajar, minta tips belajar, minta tips maintain cantik atau handsome. Takut nanti korang pula yang tak mampu nak hadap semua benda ini. Orang kata biar beauty with brain, barulah kecantikan atau kekacakan korang sama level dengan kepintaran. That time korang nak famous satu sekolah pun tak ada hal sebab korang famous dengan cara dan sebab yang positive.

AURA LAIN MACAM

via GIPHY

Sekali lalu depan kelas, semua mata mula memandang! Haaa, aura apa yang korang bawa sampai semua orang boleh pandang sampai tak nak lepas? Korang perasan tak ada certain orang dekat sekolah, dia pergi ke mana pun orang lain dekat sekolah akan pandang je sambil berbisik-bisik. Itu namanya auranya memang lain macam. Lagi bagus mereka toleh dekat korang sambil berkata tentang perkara positive. Barulah korang sendiri tak akan rasa segan sebab orang pandang macam nak terkam! Cuma jangan sampai lupa diri kalau orang lain pandang korang macam itu ya.

Pada pendapat sis sendiri, famous dekat sekolah bukanlah satu perkara negative pun. Just for fun dan kenangan lepas habis sekolah nanti je. At least korang ada kenangan manis untuk diceritakan dengan kawan-kawan bila dah habis sekolah nanti. Cara paling senang yang korang boleh praktikkan ialah yang pertama itu which is jadi atlet sekolah! Once korang dah cuba, confirm korang akan berterima kasih dekat kami. Good luck!

What do you think?

25 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

K-Pop Idol Yang Mungkin Akan Pergi Military 2020

Terima Komen Negative, Puteri Balqis Deactivate Instagram