in ,

Cara Nak Cover Jerawat Teruk!

Sumber gambar: m-aesthetic.com.sg

Memang ada beberapa orang yang ada masalah jerawat, lebih lagi bila korang sedang membesar dan hormon korang sekejap begini sekejap begitu. Dan sebenarnya banyak cara yang senang sahaja untuk korang cuba cover jerawat. LUNARIA ada beberapa cara yang terbaik untuk korang tutup segala cela jerawat korang supaya korang nampak lebih yakin untuk tampil di hadapan orang ramai.

CONCEALER

Sumber gambar: goodhousekeeping

Korang kalau gunakan concealer di kawasan bawah mata, pipi dan hidung. Ratakan dengan berus supaya warna concealer menyatu dengan kulit korang. Utamakan di zon T muka dan di kawasan di mana jerawat yang nampak kemerahan-merahan. Pastikan juga warna tona concealer korang itu sesuai untuk yang boleh cover jerawat ya!

FOUNDATION

Sumber gambar: thesun

Boleh juga kalau korang nak gunakan foundation yang mempunyai kemampuan coverage dua kali lebih pekat dari foundation biasa. Jika perlu, gunakan BB Cream yang sesuai asalkan boleh menutupi segala masalah jerawat pada muka anda. Ratakan pada seluruh kawasan muka korang. Foundation memang mampu membuatkan wajah anda kelihatan flawless.

ACNE PATCH

Sumber gambar: missbudgetbarbie

Katanya, acne patch ini berkesan untuk memulihkan serta mengecutkan jerawat baru yang muncul di sekitar bahagian muka. Jadi secara tidak langsung memelihara jerawat daripada menyebabkan iritasi dan kemerahan pada kulit. Jadi sebelum korang nak pakai make up pun korang boleh pakai acne patch ini dulu.

BENZOYL PEROXIDE

Sumber gambar: huda beauty

Antara krim yang paling berkesan untuk hilangkan dan sekaligus cover jerawat korang adalah benzoyl peroxide. Jadi korang boleh tutup jerawat korang dengan menggunakan benzoyl peroxide sahaja. Pastikan lepas sudah sapu itu, korang kena pastikan ia kering dahulu barulah pakai make up okay.

Jadi, korang boleh cuba keempat cara ini dan sambil itu korang kena pakai sunblock juga supaya kulit korang terlindung dari sinaran UV. Bila nak tanggal make up itu korang pastikan korang betul-betul bersihkan muka sebab walaupun ada kotoran yang tertinggal sedikit pun ia boleh menyebabkan jerawat tumbuh di muka korang.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments