in ,

Cara Nak Bertahan Dengan Kawan Minat K-Pop #Redha

Sumber gambar: teenvogue.com

Sekarang ini muzik K-Pop ada dimana sahaja dan kalau nak sebut tentang group K-Pop ada banyak sangat sampai tak tahu nak minat yang mana satu dan ada yang tak nak ambil tahu. Kalau nak cakap tentang peminat K-Pop, ada ramai sangat sebab ia serata dunia sehinggakan ramai sangat yang berangan dan wish nak lahir dan tinggal di negara Winter Sonata itu sebab nak boleh tengok oppa dan unnie mereka yang cute.. Betul tak #Lunagirls? Dan korang pun mesti ada kawan dalam squad korang yang memang minat sangat K-Pop sampaikan setiap saat dalam hidup, dia asyik cakap tentang K-Pop sepanjang 24 jam 7 hari? Okay, ini antara cara yang Zoe boleh kongsi dengan korang bagaimana nak bertahan dengan kawan kita yang minat K-Pop…

“YA…SAYA TAHU…”

Pin Interest:

Setiap kali mereka bercerita tentang idola kegemaran mereka, apa kata korang balas saja mereka dengan cakap “iya… saya tahu dah…” sebab sebenarnya cerita yang mereka share pada awak itu sebenarnya kadang-kadang mereka pernah cerita tapi asyik cakap benda itu berulang kali. Kiranya, korang layankan saja cerita mereka sebab waktu turn korang bercerita tentang hal idola korang mesti mereka layan juga betul tak? Sebab kebanyakan K-Pop fans memang pendengar yang baik sebagai kawan.

GURAU

We Heart It:

Antara cara lain yang #Lunagirls boleh cuba dekat kawan awak yang minat sangat K-Pop adalah bergurau. Bergurau macam mana? Okay, disebabkan kebanyakan dari mereka suka sangat berangan nak ada boyfriend macam oppa mereka yang jauh nun disana, korang trigger-kan diri mereka dengan kata. “Awak tahu tak yang awak tak akan dapat seseorang seperti Mark NCT?”. Confirm, kawan korang akan macam “Alahai…awak spoil-kan mood saya. Saya tahulah saya tak akan dapat dia tapi…”. Ya, walaupun mereka akan beri alasan kata sekurangnya dia ada taste dalam memilih lelaki, awak usik saja mereka lagi supaya mereka stop sendiri. Biasalah itu bila lagi nak usik kawan-kawan?

AKTIVITI LAIN

via GIPHY

“Okay, okay stop cakap pasal Soobin oppa awak sekarang.. Jom kita pergi cycling?”, Haa! Korang ajak kawan korang buat aktiviti lain seperti hiking, picnic, jogging dan lain-lain supaya korang sama-sama berseronok isi masa lapang sebab bila mereka penat, biasanya mereka tak ingat pun idola K-Pop mereka. Kalau kawan awak malas dan tak berminat nak buat aktiviti itu pun tak apa, sekurangnya korang boleh rehatkan diri dari cerita K-Pop mereka itu. 

DISTRACT BENDA LAIN

via GIPHY

Selain itu, korang cuba juga untuk distract pemikiran mereka dengan benda yang lain. Awak boleh bagi mereka cuba dengar lagu artis lain, tidak kira tempatan atau pun luar negara. Korang boleh bagi mereka cuba dengar dan tonton muzik ke, filem ke dan lain-lain. Awal-awal itu korang acah sajalah cakap “Nak tahu tak? Namjoon pun minat Lil Nas tau! Apa kata awak pun cuba dengar muzik dia?”. Mungkin mereka akan bergegas cuba belajar dengar muzik artis lain itu cepat-cepat pada awalnya dan lama-lama kawan korang akan minat dengan artis itu secara natural.

FUN FACTS!

Muzik K-Pop antara satu-satunya penyumbang terbesar dalam ekonomi di Korea Selatan tidak kira dari industri pelancongan, makanan, hiburan dan lain-lain.

Jadi selepas ini, korang bolehlah cuba cara yang Zoe kongsi dengan korang dekat kawan korang yang minat sangat K-Pop itu tapi jangan pula korang membenci each other ya! Sebab perbezaan minat korang itu pun punyumbang kepada keakraban friendship goals korang! 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

BTS ARMY Help Center Bantu Mereka Yang Alami Masalah Mental

Jangan Tunggu Rambut Macam ‘Hantu Kak Limah’ Baru Nak Potong