in ,

Cara Nak Back Up Gambar Kalau Memory Full!

Sumber gambar: https://www.technobezz.com/iphone-storage-almost-full/

Korang pernah alami moment di mana waktu nak ambil gambar lah tiba-tiba memory phone full pula! Time itu akan rasa annoyed dengan  diri sendiri tak? Lepas itu mulalah tanya dan cari siapa punya phone yang available untuk ambil gambar! Zoe selalu hadapi situasi ini.. Tapi Zoe dah jumpa jalan penyelesaiannya tau! Antaranya ialah..

GOOGLE DRIVE

via GIPHY

Ini adalah cara paling mudah sebab kebanyakan daripada kita mesti dah ada akaun Gmail kan? So, daripada korang simpan gambar dalam memory saja sebaiknya korang back up gambar dalam Google Drive sebab ia boleh save gambar unlimited tau! Tak perlu lagi nak beli memory phone tambahan!

SOCIAL MEDIA

via GIPHY

Kalau media sosial, kita dah tak perlu fikir dah. Korang upload saja gambar korang dalam Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain. Nanti dia tersimpan saja dalam akaun korang sampai bila-bila. Ini pun unlimited but kalau korang tak nak orang lain tengok, korang boleh archive. Bila-bila rasa rindu nak ingat kenangan lalu, korang boleh tengok balik!

DROPBOX

via GIPHY

Konsep back up gambar di Dropbox ini pun sama macam Google Drive, sangat senang. Korang tinggal upload saja dan gambar korang akan duduk diam-diam dalam akaun korang itu. Tak perlu bayar pun buat akaun Dropbox.. tapi Zoe nak pesan, pastikan korang ingat password dan email yang digunakan okay!

HARD DISK

via GIPHY

Selain dari upload dalam storage dalam Internet, korang boleh juga simpan semua fail korang dalam external hard disk. Sekarang ini, sangat senang untuk dapatkan hard disk walaupun harganya agak mahal dan ada ber-byte-byte.. Maksud Zoe sekarang ini dah banyak yang jual terabyte. Manalah tahu lepas ini dia jual exabyte, zettabyte dan yottabyte. Wah! Boleh simpan banyak gambar weh! LOL! 

Lepas ini, korang dah tak perlulah risau kalau nak ambil gambar. Banyak cara untuk korang simpan dan move, so dah tak ada masalah untuk ambil gambar dan gambar lama korang pun selamat saja tersimpan dalam semua benda yang Zoe dah senaraikan tadi. Selamat mencuba!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nak Warna Rambut Sendiri? Try Tips Ini…

Benda ‘Wajib’ Jadi Dalam Kereta OTW Balik Kampung!