in ,

Cara Naikkan Skills Main Game!

Sumber gambar: https://www.scmp.com/news/hong-kong/economy/article/2084454/hong-kong-lured-table-global-game-billions-grabs

Siapa di antara korang suka main game? Power tak? Ke biasa-biasa saja? Mesti macam sakit hati kalau asyik selalu kalah game kan? Lebih lagi, kalau korang dah lama main pun tak up lagi level dan maintain saja di bawah. OMG! Apa teruk sangat ni? Haha! Okay meh sini Zoe kongsi dengan korang macam mana nak up skills main game dengan lebih baik. 

PILIHAN HERO

Sumber gambar:

Perkara paling penting waktu bermain game adalah pemilihan karater hero dalam game itu. Kadang-kadang ada yang suka pilih kekuatan dia dan kadang-kadang ada suka pilih jenis senjata apa yang hero itu ada. Dekat sini, korang kena buat pilihan yang betul sebab takut nanti kecundang. Melainkan kalau awak semua ada strategi sendiri. Hehe!

FAHAMI PLOT

Sumber gambar:

Dalam bermain game ini juga, pemain perlu memahami plot bermain game. Contohnya, korang perlu tahu bila perlu menyerang dan waktu bila perlu mundur untuk bertahan. Mungkin benda seperti ini nampak sangat mudah tapi realitinya masih ramai pemain yang tidak tahu dengan plot mudah ini. Jadi apa yang korang perlu buat adalah memahami plot game dan kemahiran korang pun akan jadi lebih baik dengan sendirinya dengan membanyakkan latihan.

BELAJAR DARI KEKALAHAN

via GIPHY

Kebanyakan pro player ramai yang mengaku yang dulu mereka dulu pun mempunyai skill yang biasa. Namun disebabkan rajin usaha, sekarang ini mereka punya skill bukan calang-calang. Salah satu sebabnya adalah mereka menerima kekalahan dengan baik dan tak putus asa. Apa yang pro player ini buat adalah mereka akan replay match tadi dan terus mengevaluasi kesalahan yang mereka buat.

VIDEO TUTORIAL

Ha! Ingat setakat masak, mekap dan lain-lain saja ke yang ada video tutorial? Nak main game pun ada tau dan benda ini dah lama dah ada. Sambil korang practice semua itu, waktu ada masa lapang korang yang suka main game itu cubalah tengok video tutorial game dekat Youtube. Pelbagai jenis tutorial ada tau seprti Dota, Overwatch, PUBG, League of Legends, Fortnite, Counter-Strike dan banyak lagi tau. 

Jadi kalau korang rajin belajar nak tingkatkan lagi skills korang dalam bermain game. Zoe yakin 100% korang akan jadi player yang sangat baik. Manalah tahu nanti satu hari nama korang dicatat dalam sejarah Malaysia pada masa hadapan sebab banggakan negara dalam E-sukan.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Drama Korea ‘Wajib’ Tengok Untuk Bulan Ini

Get Ready iPhone 11 Akan Keluar 22 September Ni!