in ,

Cara Mudah Untuk Panjangkan Bulu Mata

Sumber gambar: Pinterest.com

Alaa, bestnya bulu mata Hanna.. panjang dan melentik! Mesti cantik je kalau pakai mascara, tak payah nak buat eyelash extension atau eyelash perming. Bangun tidur pun terus bulu mata melentik ke langit!

Kebanyakan girls akan impikan bulu mata yang melentik supaya tak perlu bersusah payah nak bersiap pakai mascara. Tapi kalau yang ada bulu mata atau bulu kening nipis macam mana pula? Terpaksa bersiap extra sikit untuk kepuasan diri supaya nampak complete bila makeup. Perasan tak sometimes bulu mata dan bulu kening kita akan gugur?

via GIPHY

Actually sebab utama kenapa bulu gugur ialah disebabkan penggunaan produk seperti mascara dan eye drops yang boleh buatkan bulu menjadi kering dan akan luruh dengan mudahnya. Sebab itulah kita kena lebih berhati-hati bila nak perkenalkan produk baru dekat bahagian bulu mata dan bulu kening. Ha, penggunaan eyebrow gel yang tak sesuai pun boleh buatkan bulu kening gugur. Bukan itu sahaja, even mascara yang waterproof pun agak berisiko untuk bulu mata sebab ia agak sukar untuk ditanggalkan dan tak mustahil bulu mata akan gugur sekali.

Kalau selalu gosok mata pun boleh buatkan bulu mata patah dari akar. Tapi jangan risau sebab bulu mata akan tumbuh dalam masa 4-8 minggu. So perkara itu takkan buat bulu mata korang botak sebab lama-kelamaan ia akan tumbuh cuma makan sedikit masa. No worries girls, kita ada cara lain untuk buatkan bulu mata dan bulu kening tumbuh dengan cepat. Caranya simple je!

OLIVE OIL

Image result for olive oil eyelashes
Sumber gambar: Fabhow

Biasanya orang buat minyak zaitun untuk masakan diet. At the same time boleh juga digunakan untuk memanjangkan serta melebatkan bulu mata serta bulu kening. Lebih bagus kalau korang gunakan minyak zaitun naturel sebab ia akan buat bulu lebih lembut dan lembap. Amalkan sebelum tidur dengan menggunakan berus lama mascara. Terus apply dari akar bulu mata ya.

VITAMIN E OIL

Image result for vitamin e oil eyelashes before and after
Sumber gambar: Youtube

Dah lama sebenarnya kaedah menggunakan minyak vitamin E ini untuk memanjangkan serta melebatkan bulu mata. Bila lama-lama pakai, korang akan dapati bulu mata akan jadi lebih kuat dan lembap. Ia dihasilkan khas untuk rambut dan kulit muka serta buatkan kulit korang bertambah sihat. Kalau nak apply dekat muka pun boleh juga tau.

EYELASH SERUM/ OIL

Dekat pasaran sekarang banyak dijual serum bulu mata yang berfungsi untuk melebatkan serta memanjangkan bulu yang ada di wajah kita. Korang boleh try beli cuma kena berhati-hati sikit takut tak sesuai pula dengan kulit. Check terlebih dahulu bahan yang digunakan dalam produk tersebut sama ada sesuai dengan korang atau tidak. Risau kalau ada bahan yang digunakan tak sesuai dengan korang, kemungkinan akan terjadi perkara lain pula nanti.

SIKAT BULU MATA DAN KENING

Image result for sikat bulu mata
Sumber gambar: Bukalapak

Jangan ingat rambut je yang kena sikat ya. Bulu mata dan bulu kening pun perlu disikat juga. Cara ini sebenarnya akan membuatkan bulu tubuh dengan lebih cepat. Sama juga macam sikat rambut, lagi lama lagi panjang. So, sama juga konsep macam bulu mata dan bulu kening. Cuma kena guna sikat yang khas bukan sikat rambut. Gunakan spoolie atau mascara lama.

MINYAK KELAPA

Image result for coconut oil
Sumber gambar: Today

Minyak kelapa atau minyak kelapa dara memang daripada dulu dah digunakan untuk kecantikan. Cuma baunya tak berapa sedap, tapi ia ada banyak kebaikannya. Minyak kelapa dara selamat untuk disapu dekat area mata yang mana ia akan merangsangkan pertumbuhan bulu serta menguatkan akar bulu mata. Ada juga orang gunakan minyak kelapa di rambut bertujuan untuk melebatkan serta menyihatkan rambut.

VASELINE

Image result for vaseline eyelash
Sumber gambar: Pinterest

Tak perlu diceritakan lagi tentang kebaikan yang ada, dah lama orang gunakan vaseline ini sebagai ‘ubat’ untuk memanjangkan bulu mata. Amalkan selalu sebelum tidur atau sebelum pakai makeup. Buat dalam seminggu dan korang akan nampak perubahan pada bulu mata. Confirm akan panjang dan melentik sis!

Lepas ini semua orang dah ada bulu mata yang cantik! Tak perlu dah nak habiskan duit buat eyelash perming or extension semata-mata untuk mencantikkan bulu mata. Selamat mencuba!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Tudung Bawal Sentiasa On Point

Bahan-bahan DIY Skincare Yang Bahaya Untuk Kulit Muka