in ,

Cara Mudah Untuk Korang Hilangkan Sunburn Akibat Musim Panas

Sumber gambar: www.peachlilyfara.com

Alamak! Bila kena pergi sekolah tengah hari habis muka sunburn.. rindunya nak online class di rumah!

Untuk geng sekolah pagi kurang sikit untuk alami masalah sunburn, tapi untuk geng sekolah petang, LUNARIA faham situasi korangBila terkena sunburn, kulit kita rasa pedih dan bahang sepanjang masa. Lama kelamaan ia akan buatkan kulit kita nampak sedikit gelap dan bakal ambil masa yang lama untuk cerahkan ia semula. Jadi, kali ini kami akan kongsi dengan korang bagaimana cara untuk hilangkan sunburn.

ALOE VERA

Sumber gambar: pinterest

Seperti sesetengah orang tahu, aloe vera ini bersifat sejuk. Jadi, kalau korang selalu sapu losyen aloe vera pada kulit korang yang terbakar akibat terdedah kepada UV matahari. Ia akan kurangkan sikit keperitan pada kulit korang. Adalah lebih baik jika korang sapu selepas korang mandi. Sapu sampai sunburn kulit korang hilang.

OATMEAL

Sumber gambar: pinterest

Seterusnya, korang juga boleh gunakan oatmeal untuk menghilangkan sunburn. Caranya memang sangat senang sebab korang tinggal kisarkan sahaja oatmeal itu dan campurkan dalam satu baldi berisi air dan mandi dengan air oatmeal tersebut. Tak perlu banyak-banyak pun sebab nanti korang nak bilas badan korang dan cuci guna sabun juga. 

YOGURT

Sumber gambar: pinterest

Selain sedap dimakan, yogurt juga boleh melembapkan kulit korang yang terkena sunburn. Yogurt juga akan bantu kulit korang jadi semakin cerah. Korang boleh sapu yogurt sebanyak tiga ke empat kali dalam seminggu tempoh kulit korang sunburn. Lepas sapu jangan lupa untuk bilas, takut bersemut pula muka nanti.

APPLE CIDER

Sumber gambar: pinterest

Kadang-kadang sunburn ini menyebabkan kulit kita menjadi pedih dan tak selesa. Korang boleh cuba gunakan cuka epal atau cuka putih yang biasa itu pun boleh. Tapi jangan terus letak pada kulit, korang letak sikit sahaja pada tisu dan dab pada kulit yang sunburn itu secara perlahan dan lembut.

 

Tips: Adalah disarankan untuk menggunakan ia kurang dari 3 kali seminggu.

TIMUN / KENTANG 

Sumber gambar: pinterest

Selain itu, korang juga boleh gunakan timun atau kentang untuk legakan sunburn pada kulit. Korang potong sahaja kentang atau timun secara nipis dan letakkan pada kulit korang dan bilas selepas 15 minit. Selain redakan sakit kulit kena sunburn, ia juga bantu melembapkan, menyejukkan, hilangkan rasa gatal dan sebagainya yang disebabkan oleh sunburn. 

Ha, jadi selepas ini korang bebaslah nak buat apa sahaja aktiviti yang kena matahari. Jangan lupa juga untuk sentiasa pakai sunblock atau sunscreen ya! Sekurangnya sunblock atau sunscreen boleh lindung kulit korang dari bahaya sinaran UV matahari. Selamat mencuba!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Sikap Yang Tak Sepatutnya Ada Dalam Diri Seseorang

Tanda-Tanda Kita Didera Secara Mental Oleh Kawan