in ,

Cara Mudah Tak Nak Stokin Sekolah Hilang Waktu Cuci

Sumber gambar: www.aliexpress.com

Kadang-kadang, waktu pagi nak pergi sekolah itu mesti stokin sebelah yang lagi satu hilang. Korang pernah tak mengalami situasi seperti ini? Lebih lagi, stokin itu kecil dan bila dah terselit dalam mesin basuh memang kita tak akan perasan pun di mana keberadaan stokin itu. Jadi, untuk kekalkan stokin korang tidak hilang sebelah lagi. Kami ada caranya dan mungkin kalau korang ikut. Stokin korang tak akan hilang lagi.

LAUNDRY NET

Sumber gambar: ali baba

Setiap kali korang nak cuci pakaian itu. Pastikan korang masukkan stokin korang di dalam laundry net. Bila korang dah mengasingkan pakaian yang besar dan kecil-kecil itu secara baik. Pasti, stokin korang tidak akan hilang. Laundry net ini pun sekarang korang dah boleh dapat dimana-mana kedai tau.

JEMUR SETEMPAT

Sumber gambar: ali express

Seterusnya, bila korang dah keluarkan stokin korang dari laundry net. Pastikan korang jemur stokin korang di satu tempat saja seperti jemur pada satu mini hanger clips atau ampaian kecil saja yang khas untuk stokin korang. Ini sebab bila korang jemur satu tempat, mesti korang tidak akan tercicir stokin lagi.

ANGKAT SEKALI

via GIPHY

Bila dah jemur setempat di satu mini hanger clips, ia akan lebih mudah untuk korang angkat sekali bersama mini hanger clips. Tidak perlu cabut satu per satu pun sebabΒ  dengan mini hanger clips itu, korang boleh terus letak dan susun dalam wardrobe bersama pakaian yang lain, betul tak?

BAKUL KHAS

Sumber gambar: 123 rf

Kalau korang rajin untuk melipat pula, korang bolehlah beli satu bakul atau tempat khas untuk stokin korang saja. Bila korang lipat dan susun dalam satu bakul khas pun lebih mudah sebab nanti tak adalah korang lupa di bahagian laci mana korang dah susun stokin. Bakul stokin pun sebenarnya korang dah boleh dapat dimana-mana.

BELI BANYAK PASANG

Sumber gambar: depop

Nak lebih senang, apa kata korang beli stokin yang sama dalam banyak pasang? Kalau boleh, korang beli warna dan design yang sama untuk 7 hari terus. Jadi, ada 7 pasang dan setiap hari korang dah tak perlu risau jika ada stokin yang mana satu untuk dipadankan. Nanti bila cuci pun dah bercampur, tidak akan ada masalah. Hehe!Β 

Mungkin selepas korang cuba cara yang kami kongsi ini, masalah stokin korang nak hilang akan jarang berlaku? Orang kata, belum cuba belum tahu. Selain dari cara ini, ada ke cara lain yang korang pernah cuba supaya stokin korang tak hilang? Menjadikah? Kalau ya, mungkin korang boleh kongsi dengan komen di bawah. Hehe!Β 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

β€˜Demam’ BLACKPINK Belum Reda, BLINK Kena Get Ready Sekali Lagi!

Ini Sebab Kenapa Sebenarnya Kita Mungkin Seorang Pembuli Siber