in ,

Cara Mudah Nak Jadi Influencer Instagram

Sumber gambar: happy2u.my

Macam best je jadi influencer, boleh dapat barang free. Buat review barang je lepas itu guna je barang yang dapat tadi sampai bila-bila.

Wow, besar juga pengaruh influencer ya sampai ada yang dah simpan cita-cita nak jadi influencer sepenuh masa lepas habis sekolah. Betul ke jadi influencer hanya perlu review produk atau buat paid review, bulan-bulan duit masuk beribu ringgit? Haa, tak semestinya sebagai influencer, itu saja kerja yang korang kena buat. Kalau nak jadi influencer, kenalah jadi yang berkualiti dan boleh beri contoh yang baik. Ini kalau setakat share video review je, adik korang umur lapan tahun pun boleh buat juga. Influence yang berkualiti haruslah bermula dengan…

SPEAKING LONDON, FOLLOWERS RAMAI

Image result for speaking english meme
Sumber gambar: starecat

Walaupun dah nak masuk tahun 2020, tapi ramai netizen masih lagi berada dekat bawah tumpurung. Ada je yang nak condemn orang speaking English dan anggap mereka poyo, menunjuk-nunjuk dan acah bergaya. Padahal English boleh dikatakan as our second language. Kebanyakan influencer sekarang buat video sambil speaking. Bila mereka speaking, followers yang bukan dari Malaysia pun boleh faham content yang disampaikan. At the same time, mereka akan dapat ‘tangkap’ client dari luar negara. Barulah korang dikenali ramai dan mana tahu one day dapat promote product dari luar negara, terus terkenal dekat tempat orang. Followers korang pun mesti set set international, professional gituew!

Bak kata MK K-CLIQUE:

Aku ada geng profesional
Running with my clique haa international

JANGAN MALU, SKILL PR KENA BOEK

via GIPHY

Cuba korang tengok influencer yang ada dekat Malaysia, berapa ramai followers mereka yang nak jadi macam mereka. Cara percakapan mereka pun boleh buat orang suka dan mempengaruhi sesiapa je yang tengok video atau gambar mereka. Korang kena ada skill PR yang mantap dan boek untuk tarik perhatian orang. Contohnya kalau pergi mana-mana event, kena pandai bersosial dengan orang lain. Make a conversation supaya orang kenal korang, so tak syok sendiri. Bila dah buat ramai contact, boleh hang out sama-sama dengan influencer dan share ilmu sama-sama. Rajinkan diri juga untuk reply komen dan DM ya, baru followers rasa dekat je dengan korang.

KREATIF TAHAP GIGIH

As a influencer, korang kena selalu aktif dekat social media so that followers pun rasa dekat je dengan korang. Instastory main peranan tau, kena update juga. Tapi lagi kreatif lagi bagus, followers pun akan bertambah. Kalau setakat post Instastory kosong je, sis pun boleh buat juga, masukkan filter sikit dah siap. Korang kena extra kreatif tahap gigih demi content. At the same time, jangan terlepas dengan update isu semasa juga, alert dengan apa benda yang dah jadi dekat sekeliling. Post gambar pun edit sikit, touch up apa yang patut, tambah filter, tambah sticker ke. Video pun sama, kena ada extra effort. Korang boleh tengok contoh macam salah seorang influencer Rafidah. Setiap Instastory dan posting video atau gambar dia memang onz teruk!

TAK PAYAH SUSAH NAK JADI ORANG LAIN

Perwatakan diri kita sendiri dah unik, buat apa sampai nak jadi diri orang lain semata-mata nak tarik followers? Tapi kadang-kadang ada certain orang bila depan kamera je dia tak jadi diri sendiri sebab itu ialah karakter diri dia. Cuma bagi kami, better be yourself je. At least kalau ada orang jumpa korang dekat luar, tak terkejut tengok diri sebenar korang. Takut dianggap fake pula nanti. Lagi best kalau korang memang jenis gila-gila in real life, depan kamera pun stay je gila-gila. Tengok macam Ain Edruce, bukan main gila-gila perangai dia. Ramai orang suka dengan karakter selamba dan kecoh. Cuma biar berpada, takut nanti orang annoyed pula.

Lepas ini bolehlah korang jadi influencer? So dah ada berapa ramai followers korang dekat Instagram dan Twitter? Jadi influencer tak semestinya kena ambil paid review je, korang boleh je jadi influencer yang berkualiti which is beri kebaikan dan contoh yang baik pada orang lain. Jangan nak kejar populariti dan duit je ya, niat kena betul dan ikhlas. Baru berkat.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perkara Korang Boleh Buat Jika Baru Lepas Kena Reject

Akhirnya Ejen Ali Dah Tahu Dia Nak Setia Pada Siapa