in ,

Cara Mudah Kulit Cantik Guna Ais Je!

Sumber gambar: pinterest.com/iamwellandgood/

Hi pretty #Lunagirls! Girls and beauty memang tak boleh dipisahkan! Apa je benda yang berkaitan dengan kecantikan, we girls cannot resist it! Hehe! Harini LUNARIA nak share tips kecantikan dengan hanya menggunakan ketulan ais! Korang tahu tak, antara kelebihan ais ialah untuk hilangkan sunburn, tegangkan kulit, kurangkan jerawat dan banyak lagi tau! Jom tengok apa ‘resepi’ beauty kali ni~~

KIUB AIS TOMATO

via GIPHY

Bukan setakat sedap buat sambal tapi tomato elok untuk kecutkan jerawat dan hilangkan mata panda tau! Yay! 2 in 1! #Lunagirls hanya perlu blend sebiji tomato dan letak dalam bekas kiub ais untuk dibekukan selama 3 jam.Lepas tu dah siap! Gosok ke seluruh muka dan amalkan setiap hari untuk dapatkan hasil yang powerr!

KIUB AIS ALOE VERA

via GIPHY

Lagi best kalau guna aloe vera original daripada pokok, tapi kalau tak ada, pakai yang jual dekat kedai pun okay je! Hihi! Sama juga macam step tomato ais tadi, korang blend aloe vera tanpa air dan bekukan dalam bekas kiub ais! #Lunagirls boleh amalkan setiap hari sebelum tidur okay?

 KIUB AIS TEPUNG BERAS

Eh, bukan nak buat kuih tapi nak cantikkan muka! Haha! Tepung beras akan buatkan muka korang lebih gebu, putih dan kurangjerawat. Masukkan 2 sudu tepung beras dalam mangkuk, tambah sikit air sebelum dikacau dan masukkan dalam bekas kiub ais. Sehari seketul pun boleh, yang penting kena rajin okay girls?

KIUB AIS TIMUN

via GIPHY

Timun boleh mengurangkan sunburn, kecilkan pori dan bersihkan muka korang tau! Cara-caranya, potong timun kepada 2 bahagian dan blend timun tanpa air. Masukkan bahn tadi dan tambah sikit je air mineral sebelum dibekukan dalam bekas kiub ais. Selain pakai dekat muka, korang boleh juga sapu dekat bibir tau!

KIUB AIS GULA DAN BUAH-BUAHAN

via GIPHY

Kali ni kita perlukan beberapa jenis buah dan air gula! #Lunagirls boleh guna buah epal merah, lemon, tomato, timun dan potong hancur  tapi asingkan dulu ikut jenis okay? Kemudian masukkan potongan buah tadi dekat dalam bekas kiub ais dan terus masukkan air gula. Dan siap! Senang je kan?

via GIPHY

#Lunagirls excited nak cuba kiub ais tadi? Sebelum tu, LUNARIA nak pesan, tak semua kulit sesuai dengan bahan-bahan tadi, so korang kena cuba pada kulit tangan dulu okay? Selamat mencuba! Kalau tips ni berkesan, jangan lupa share dekat LUNARIA ya… Goodluck girls~

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Whatsapp Launch ‘Vacation Mode’ Pula? Weehoo!

Tips Menabung Paling Senang!!