in ,

Cara Mudah Hilangkan Bau Badan

Sumber gambar: instagram.com/zoe_lunaria

Bau badan ini memang selalu spoil kan mood kita dan orang sekeliling sebab dia buatkan bukan badan kita saja yang tak selesa tapi hidung pun jadi tak selesa langsung sebab bau yang dihasilkan itu. Kadang-kadang, dah pakai deodorant pun masih ada bau kan? Sebab iya lah, negara kita ini kan panas dan lembab cuacanya, jadi memang mudah untuk kita berpeluh dan tak selesa. Tetapi sebenarnya, boleh saja kalau korang nak pastikan badan korang itu berpeluh tanpa berbau. Mungkin korang boleh cuba cara yang kami nak kongsi ini untuk hilangkan bau badan secara natural

CUKA EPAL

via GIPHY

Caranya mudah sahaja, korang campur kan sahaja cuka epal dengan air paip itu dan korang siram dan gosokkan badan korang dengan shower sponge korang itu. Selepas itu korang tunggu dan sambil itu boleh lah korang berus gigi dulu ke, nak syampu rambut dulu atau lain-lain. Baru lah korang bilas badan korang. Kalau korang kerap buat seminggu dua kali, badan korang lama-kelamaan memang tidak akan ada bau.

MAKANAN SIHAT

via GIPHY

Selain itu, pemakanan juga adalah faktor utama untuk badan kita ini berbau atau tidak. Elakkan makan makanan yang kurang sihat seperti jajan dan yang terlalu berminyak, ada juga yang cakap bawang merah itu mampu buatkan badan lebih berbau, jadi untuk yang suka sangat makan bawang korang boleh kurangkan makan bawang lepas ini. Walaupun kita tahu bawang memang antara makanan yang cegah penyakit.

KERAP BERSENAM

via GIPHY

Korang juga perlu sentiasa bersenam sekurangnya, tiga kali seminggu. Ini sebab bila korang kerap bersenam badan korang akan lebih segar dan toksin yang tak elok dalam badan korang itu pun akan keluar melalui peluh korang. Bila kurang toksin dalam badan, mesti lah badan korang akan kurang bau.

AIR MAWAR

via GIPHY

Antara yang paling mudah adalah dengan menggunakan air mawar. Selepas mandi, korang cuma perlu spray air mawar pada bahagian badan korang yang berbau dan biarkan ia kering. Nanti automatik badan korang mesti tidak berbau sebab air mawar ini memang sangat wangi!Β 

Sebenarnya, ia bermula dari dalam tau. Kalau korang ambil makanan yang sihat dan jaga kesihatan memang korang tak akan ada bau badan langsung. Selain dari itu, gunakan bahan yang semula jadi seperti cuka epal dan air mawar untuk hilangkan bau badan pun sudah memadai. Boleh sahaja kalau korang nak cuba dengan sengkuang dan lemon tapi tidak semua orang sesuai kulit mereka untuk guna dua bahan itu dan risau ada iritasi sahaja nanti.Β 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

List Barang Korang ‘Wajib’ Shopping Online Sepanjang PKP

β€˜Kill This Love’ Blackpink Masih Dalam Carta Muzik Amerika Syarikat