in ,

Cara Mudah Elak Senggugut Tanpa Ubat!

Sumber gambar: https://www.healthline.com/health-news/im-a-black-woman-and-thought-my-period-pain-was-going-to-kill-me

Urgghhh sakitnya senggugut kali ini! Baring tak kena, diri tak kena.. Aduhhhh!

Siapa yang rasa happy bila senggugut? Tak semua girls akan mengalaminya.. Tapi untuk girls yang menghadapi senggugut setiap bulan akan rasa macam nightmare bila dah sampai tarikh period. Ada antara #Lunagirls yang teringin nak atasi rasa senggugut tanpa perlu makan ubat tak? Ainaa ada jumpa beberapa cara untuk kurangkan rasa senggugut tanpa perlu makan ubat.. dan ia sangat membantu Ainaa sekarang. Tapi untuk peringatan, apa yang elok untuk kita mungkin tak sesuai dengan orang lain.. Laiin badan lain penerimaannya okay!

ELAKKAN STRESS

Related image
Sumber gambar

Stress ialah satu benda utama yang boleh mengundang untuk tambah rasa sakit senggugut. Bila perut cramp, kita akan mula rasa nak marah dan akhir sekali diri sendiri rasa stress sehingga sakit kepala. Cuba elakkan rasa stress dengan cara fikirkan benda yang indah-indah saja. Contohnya ingat first date korang dengan crush. Maybe boleh tengok movie, nyanyi lagu or anything? Ingat girls, healthy mind healty body!

GERAK AKTIF

Kita boleh rasa dan agak bila akan period? So beberapa hari sebelum period, korang boleh pergi jogging sekejap atau buat simple exercise. Tak perlu pun angkat berat sampai berpuluh kilogram. Setakat jogging dekat playground pun okay juga. Aktiviti ini akan melancarkan peredaran darah sebab hormon endorfin akan terhasil bila kita exercise. Otot pun akan lebih lega lebih lagi dekat area punggung dan pinggang. Nak lagi simple pergi join zumba, hehe!

MINUM AIR TEH CHAMOMILE

Image result for TEH CHAMOMILE
Sumber gambar

Pernah dengar tak nama bunga chamomile? Actually bunga chamomile ialah salah satu ‘jalan pintas’ untuk redakan sakit senggugut. Ada satu kajian Irani Journal of Obstetrics, Gynecology and Infertility mengatakan teh chamomile mampu buat perut kita rasa selesa bila period. Ada kandungan senyawa yang bernama hippurate dekat dalam teh chamomile yang mampu lawan rasa radang dekat perut. At the same time, cramp perut pun akan berkurangan.

TEKAN PERUT DENGAN AIR PANAS

Tak ada jalan lain yang boleh korang buat selain tuam perut dengan air panas. Isi je air panas dekat dalam botol air atau bekas khas untuk tuam dekat perut. Cara ini memang cara paling simple dan selalu digunakan. Otot dekat bahagian rahim akan rasa reda sebab suhu panas buatkan kesakitan bertenang. Or else berendam je dalam air panas dalam beberapa minit supaya otot perut, punggung dan kaki rasa lega dan relaks.

Okay set now Ainaa nak ajak korang semua ikut cara ini untuk keselesaan kita semua waktu period. Kalau cara ini berkesan pada korang, jangan lupa share dekat kawan-kawan yang lain okay?

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

BTS Jual Pinggan Mangkuk, Ada ARMY Berjaya Beli?

Lelaki Pilih Personaliti VS Rupa, Boleh Ke Bercinta Waktu Sekolah?