in ,

Cara Mudah DIY Kasut Lama Jadi Baru

Sumber gambar: YouTube MyKampus Radio

Adik.. kasut sekolah lama awak ni mak buang jelah.. sakit mata mak tengok banyak-banyak penuh rak..

Guys! Jangan buang kasut lama.. sayang! Sebab kalau korang nak tahu, kasut sekolah lama boleh buat jadi sesuatu yang cool. Kita bukan sahaja dapat jimat, kita dapat be creative dan reka kasut sendiri. Hari ini LUNARIA nak kongsikan beberapa idea untuk jadikan kasut lama korang nampak lebih trendy dan sesuai untuk pakai harian!

LUKIS CORAK

Kalau nak tahu, korang boleh lukis atas kasut sekolah lama yang kosong. Hanya perlu design corak atas kasut lama ikut kreativti dan kalau rasa takut nak lukis free hand korang boleh gunakan teknik tekap. Print sahaja corak yang korang suka dan tekap! Agak-agak rasa nak YOLO, kita free hand je guys!

TAMBAH WARNA

Disebabkan kasut sekolah sebelum ini berwarna putih dan sekarang sudah jadi kekuningan, apa kata kita tambah warna! Korang hanya perlu beli warna favorite.. Tapi pastikan beli watercolor fabric untuk pastikan warna kekal lama. Kalau nak nampak lebih menyerlah, korang boleh warnakan dengan warna yang terang seperti hot pink, red chili atau pun turquoise! 

TIPS: Jangan takut untuk mix color dan pastikan korang letak sellotape sekeliling bahagian yang tak nak diwarnakan.

TAMPAL BADGE

Sumber gambar: www.dhgate.com

Tak perlu pening, kita tampal je! Kebiasaannya orang akan tampal badge pada baju atas bag.. Tapi apa kata kita buat lain sedikit dan tampal pada kasut! Fuh, akan nampak lebih cool! Korang boleh je tampal guna gam kain yang kuat atau kalau terlebih rajin korang boleh jahit untuk kekal lebih lama.

TIPS: Kalau korang pilih untuk menjahit badge tersebut, pastikan guna jarum dan benang yang lebih besar suapay lebih mudah untuk sulam.

JAHIT MANIK

Kalau cara yang ini kena extra rajin sikit. Kasut sekolah yang kosong, korang boleh tambah manik untuk nampak lebih fancy. Selalunya orang akan letak manik pada baju raya, tapi kalau nak nampak lebih menarik, korang boleh jahit manik pada kasut.  Untuk yang suka bling bling, korang boleh juga  tambah glitters. Manik ada pelbagai bentuk dan saiz, jadi make sure pilih yang sesuai mengukit design kasut.

Bila ada masa lapang, korang boleh cuba isi masa DIY kasut sekolah lama.. Nanti jangan lupa share dekat Instagram dan tag @Lunariamy okay? Nak lagi fun korang boleh buat DIY kasut dengan your squad so bolehlah bertukar idea supaya jadi lebih kreatif! 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Crush Please Notice Me Dengan Cara Ini!

Song Ji Hyo Nak Tinggalkan Running Man?!