in ,

Cara Mudah Cabar Kawan Korang Untuk Buat Bias K-Pop Detox Month

Sumber gambar: instagram.com/zoe_lunaria

Mesti ramai yang tahu, kebanyakan peminat muzik K-Pop ini memang kalau sekali dia suka dengan K-Pop idol. Mesti mereka tak habis-habis nak bercakap tentang idol kesayangan mereka. Kadang-kadang hampir setiap hari, sampai kawan mereka geleng kepala! Haha! Jadi, pernah tak di antara korang semua ini. Ada perasaan yang macam “Eh penat juga lah asyik teringat bias sahaja 24/7, macam mana ya nak stop ini! Kesian pula BFF asyik nak kena layan aku”. Ha, jadi apa kata korang yang ada kawan minat K-Pop itu atau kalau korang sendiri minat K-Pop cuba cabar diri untuk buat “Bias Detox Month”? Maksudnya, korang tak boleh dekatkan diri langsung dengan sebarang hal yang berkaitan dengan bias korang. Contohnya, macam Zoe sendiri akan mula Yoongi Detox Month sebab Yoongi adalah bias Zoe dan akan dibuat selama sebulan dan ini cara yang korang boleh buat sepanjang Bias Detox Month! Hehe!

MARATHON MV & LAGU

Sumber gambar: zoe_lunaria

Benda pertama sekali sebelum korang nak mulakan Bias Detox Month ini adalah korang kena marathon dulu untuk dengar lagu atau tonton lah apa sahaja yang berkaitan bias K-Pop korang selama satu ke dua hari sahaja sebelum tarikh korang nak mulakan Bias Detox Month. Kalau korang tak buat marathon ini, risau nanti korang gagal dalam cabaran Bias Detox Month. 

NEW MUSIC PLAYLIST

Sumber gambar: zoe_lunaria

Selain itu, korang wajib sediakan new music playlist untuk korang belajar ke, kerja ke, nak tidur ke, nak exercise ke, dan lain-lain. Pastikan tidak ada satu pun lagu yang berkaitan dengan bias K-Pop korang sebab nanti kalau terbuka sekali, semestinya akan autoplay lagu bias korang yang seterusnya! No no no! Jadi, isi lah dalam new music playlist korang itu dengan lagu artis lain. Kan banyak saja lagu artis lain yang best, mana tahu korang minat karya artis lain pula kan? Barulah ada variasi sikit! 

UNFOLLOW BIAS

Sumber gambar: zoe_lunaria

Paling penting adalah unfollow bias K-Pop korang, jika dia ada media sosial peribadi. Kalau tak ada, unfollow dulu media sosial group K-Pop korang. Bias Detox Month ini adalah termasuk korang tak boleh tengok langsung gambar atau sebarang post mereka. Ini sebab tujuan Bias Detox Month ini adalah untuk jaga hati korang supaya sudah lah tu dan bawa berehat dari excited tengok gambar dan cute post dari bias! Hmm, layan banyak kali pun mesti ada masa kita penat kan? Haha…

UNINSTALL MEDIA SOSIAL

Sumber gambar: zoe_lunaria

Akhir sekali, untuk korang yang memang tak kuat langsung itu. Korang boleh uninstall terus media sosial korang itu buat sementara waktu. Uninstall bukan bermakna korang tutup akaun itu. Lagi pun cara ini pun bagus juga sebab dalam masa yang korang tetapkan untuk Bias Detox Month ini pun boleh buatkan korang ada hobi baru dan yang lebih sihat tau! Boleh lah korang cuba baca buku ke, cuba baca surat khabar ke, tengok filem yang best ke dan banyak lagi.

Ha! Jadi ada tak di antara korang yang sanggup nak cabar diri atau terima cabaran kawan untuk buat Bias Detox Month? Ala, senang saja. Belum cuba belum tahu kan? Lagi pun bila dah nak masuk sekolah semula ini lebih mudah tau sebab korang mesti akan fokus nak belajar saja lepas ini betul tak? Huhu…

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jangan Cuak Kalau Muka Breakout.. Bertenang Dan Cuba Tips Ini

Pesanan ‘Special’ Daripada Hazeman Huzir Untuk Korang