in ,

Cara Move On Dari Crush Bila Kena Reject

Sumber gambar: www.forbes.com

Alaaa… Maru dah reject saya. Sedihnya! Dah lah saya dah suka lama dekat Maru itu…

Perasaan suka seseorang itu memang buatkan kita hati berbunga-bunga dan ia adalah satu perasaan yang menakjubkan untuk semua orang. Iyalah, jatuh cinta kan? Tapi ia akan jadi sangat worst kalau korang ditolak. Dan ya kenapa ini korang sedih-sedih? Kena reject dengan crush ke? Kami memang faham perasaan ditolak itu sebab dah lah nak confess itu kumpul keberanian punya lama, tiba-tiba kena reject. Memang tipu lah kalau tak sedih, betul tak? Tapi korang pun tak perlulah sedih lama-lama, move on sahaja ya! Biar kami beri tips pada korang semua macam mana cara nak move on dari crush yang sudah reject kita.

JANGAN PAKSA

via GIPHY

Kalau crush korang dah cakap dia tidak berminat pada korang dan sudah pun tolak korang dengan baik, jadi korang pun tak perlu nak paksa mereka ya. Ini sebab banyak perkara buruk yang boleh berlaku kalau korang keep paksa crush korang untuk cuba suka korang tau. Lebih baik korang stay untuk jadi kawan dan bina hubungan yang baik saja.

LETAK DIRI DI TEMPAT MEREKA

via GIPHY

Sekali sekala, cuba korang fikir dan letakkan diri korang di tempat mereka? Mana tahu mak dan ayah crush korang itu tak bagi mereka ada hubungan yang lebih dari kawan ke, dia nak fokus belajar ke, tak nak ada komitmen ke dan banyak lagi sebab yang boleh jadi kenapa mereka tak nak ada hubungan lebih dari kawan. Jadi korang pun kena faham juga ya situasi mereka.

JADI SAJA FRIENDLY

via GIPHY

Lebih baik korang jadi saja seorang yang peramah dengan semua orang termasuk crush korang. Kalau korang friendly dengan semua orang, mesti korang akan ada ramai kenalan. Bila ramai kenalan, korang boleh asingkan minda korang dan move on dengan buat pelbagai aktiviti bersama kenalan korang.

DISTRACT DENGAN HAL LAIN

via GIPHY

Ya, distract minda korang dengan hal lain dan buatlah banyak aktiviti yang best supaya korang cepat move on. Korang pergilah food hunting, jogging, jalan-jalan ke, pergi konsert artis favourite korang dan macam-macam supaya korang jadi seorang yang ceria semula.

CARI YANG LAIN

via GIPHY

Ini paling senang, korang move on terus dengan cari yang lain. Contohnya, kalau crush korang Andi Bernadeep dah reject korang. Korang pergilah suka Nayim Daniel pula, mana tahu Nayim Daniel itu terima diri korang seadanya.

Tak perlu sedih-sedih lagi okay selepas ini. Kalau orang dah reject kita tak akan lah korang nak putus harapan dalam hidup kut? Betul tak? Bila korang move on, sekurangnya korang belajar sesuatu. Ya, dalam hidup ini banyak sangat benda kita boleh belajar dari orang lain. Tak perlu dalam kelas sahaja. Pengalaman belajar tentang sikap manusia pun dikira part of belajar. Hidup korang pun sebenarnya lebih bebas tau kalau tidak terikat dengan banyak komitmen dan korang akan jadi lebih happy. Hehe! 

via GIPHY

What do you think?

9 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Girlfriend Clingy, Boys Okay Ke Tak?

Lelaki Suka Yang Bertudung Atau Tidak?