in ,

Cara Masak Oden Dengan Tengok IG Je! Say What?!

Sumber gambar: https://www.lipstiq.com

Asyik-asyik follow Instafamous yang share tentang beauty dengan fashion je. Semua Social Media Influencer pulak berebut-rebut nak tunjuk siapa lagi cantik dan bergaya. Tapi tak dinafikan yang teenagers nowadays memang nak tengok benda macam tu. But why not mulai sekarang kita try variety kan list following dengan cara follow account Instagram selain daripada beauty Influencer which is…

KHAIRULAMING

Kalau korang kaki makan, korang ‘wajib’ follow account Khairulaming ni sebab dia akan share macam-macam jenis resepi simple yang boleh korang buat sendiri dekat rumah. Basically account Khairulaming ni memang 99% tentang resepi makanan je dan dia semakin dikenali ramai since resepi Udon dia viral beberapa bulan yang lepas. Dengan intonasi suara dia yang selamba, memang ramai la yang tunggu video dia ni. So kalau korang tak tahu nak masak apa, boleh la singgah cari inspirasi.

AINA MAISARA

Nak travel tapi suka backpackers dan budget travel? Kalau ya, korang memang kena follow Instagram Aina ni sebab dia ni memang kaki travel! FYI, Aina ni dah kahwin dan sekarang pun dia tengah dalam trip honeymoon budget dekat Krabi and katanya lepas balik dari sana dia akan share itinerary budget dekat sana. Bukan setakat suka share tentang tips travel budget je, Ainaa ni juga selalu beli barang-barang murah dan share dengan followers. If you girls nak tahu barang apa yang boleh dibeli dengan harga yang murah, check it out Instagram dia okay.

DANISH HARRAZ

This cute boy memang berbakat dalam bakery! Baru je berusia 12 tahun tapi Danish ni dah ada online cooking show sendiri dan juga bisnes baking dikenali sebagai Danish’s Red Kitchen! Before this, Danish pernah kena kecam dengan netizen yang kononnya dia sebenarnya tak ada bakat langsung dalam bidang baking ni. Tapi apa salahnya kalau Danish nak cuba something yang tak pernah dicuba oleh kanak-kanak seusia dia kan? Jom la ajak mak korang usha Instagram dan Twitter Danish ni sebab dia ada share macam-macam resepi masakan tau.

LUNARIAMY

Last but not least, korang kena la follow Instagram LUNARIAMY sebab kitorang ni kan BFF Digital Gadis Semasa korang semua. Everyday kitorang akan sajikan korang semua dengan content yang bermanfaat dan berilmu. Ada masalah dengan boyfriend? BFF merajuk? Lunaria sentiasa ada untuk bantu korang. Bukan tu je tau, LUNARIA pun akan selalu buat giveaway which is before this ada giveaway ticket concert BTS, wang tunai dan banyak lagi la. Rugi tau kalau korang still tak follow social media kitorang. Hehe!

Korang ada list Instagram yang berilmu yang lain? Kalau ada, macam biasa share la dengan Ainaa. Ainaa pun nak juga tambah ilmu pengetahuan sikit.

 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Hijab Dan Skirt, Onz Tak Onz?

Dari Game Jadi Movie? Wahh!