in , , ,

Cara Manjakan Diri Sebelum Melangkah Ke Sekolah Semula

Sumber gambar: www.kingston.ac.uk

Mesti ramai di antara korang yang sudah menghitung hari untuk masuk belajar semula di sekolah kan? Korang yakin ke diri korang sudah 100% ready nak masuk sekolah? Dah check ke sama ada diri korang itu dah siap nak masuk sekolah ke belum? Ya lah, nantikan nak jumpa crush semula, nak mulakan tahun baru sebagai seorang yang fresh dan lebih bersemangat korang memang perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Kiranya, bawalah diri korang itu pergi kemas kan apa yang patut dan perlu. Cuba check list cara manja kan diri sebelum melangkah ke sekolah semula ini dulu dan kalau belum buat, korang kena buat supaya korang akan nampak lebih menarik bila masuk sekolah nanti.

POTONG RAMBUT

Sumber gambar: twitter

Kenakan potongan rambut yang baru waktu masuk sekolah nanti sebab kalau sepanjang lima  tahun sekolah itu korang tak tukar rambut atau selalu dengan gaya yang sama sahaja bosan juga. Macam tak nampak proses korang hit the puberty dari tahun ke tahun itu. Jadi setiap kali nak masuk tahun baru musim persekolahan, korang cubalah buat potongan rambut yang lain-lain, barulah comel! Hehe

MANICURE PEDICURE

Sumber gambar: stylecraze

Manicure dan pedicure ini sangat penting sebab kebersihan kuku untuk hadir ke sekolah ini sudah menjadi satu kewajipan tau! Korang memang tak boleh endah kan. Cukuplah jaga kesihatan kuku korang dengan buffing sahaja pun okay sebab ya lah sekolah tak bagi pakai cutex kan? Make sure potong juga kuku korang itu supaya nampak pendek dan terurus. Jangan sampai cikgu suruh potong depan orang di perhimpunan pula. 

SCRUB BADAN

Sumber gambar: kylieskin

Buanglah semua daki lama di badan korang yang korang dah kumpul kan sepanjang tahub 2019, ini kalau korang jarang scrub badan lah. Haha! Korang boleh saja nak sental badan sendiri dengan scrub atau pergi ke spa untuk rasa badan korang lebih bersih waktu nak masuk sekolah nanti. Bukan setakat bersih sahaja, korang pun akan rasa lebih suci tau waktu hari pertama persekolahan nanti. Hehe

RAWAT MUKA

Sumber gambar: tallypress

Waktu cuti ini mesti korang punya tahap stress sudah berkurangan, betul tak? Ke siap dah maintain rutin harian penjagaan muka sekali? Woah! Kalau ya, apa kata kalau korang pergi buat rawatan muka sekali sahaja sebelum masuk sekolah? Kiranya, ini untuk reward diri korang jugalah untuk bagi kulit muka korang lebih berseri-seri.

FOOD HUNTING

Sumber gambar: pin interest

Bila dah manjakan diri dengan bersiap untuk menaikkan lagi seri dan semangat untuk ke sekolah. Why not korang pergi food hunting sekarang? Sebab nanti bila dah masuk sekolah korang kena makan makanan yang lebih berkhasiat dan sihat supaya tidak sakit waktu hari sekolah. Kan nak buat banyak aktiviti seperti belajar, pergi tuisyen, ulangkaji, kokurikulum, bersukan dan banyak lagi aktiviti yang best korang perlu buat. 

Jadi, kalau korang dah buat semua hal ini sebelum nak melangkah ke sekolah semula, maknanya korang sudah bersedia. Bukan setakat itu sahaja, korang pun akan lebih bersemangat nak hadir ke sekolah nak jumpa kawan, cikgu dan ramai orang lagi. Selamat kembali ke sekolah untuk korang yang akan melangkah ke sekolah akan datang dan good luck and all the best okay! Hehe! 

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perhatian Ayam Goreng Lover! Kedai Ayam Terbaik Wajib Cuba!

Cara Simple Nak Dapatkan Jawline Setajam Pisau Mak