in ,

Cara Mak Ayah Kejut Bangun Tidur, Korang Kena Yang Mana Satu?

Sumber gambar: misswns.blogspot.com

Siapa antara korang di sini yang masih perlu mak dan ayah dia kejut untuk bangun tidur? Rasanya, setiap hari ramai yang masih perlukan mak dan ayah mereka untuk kejutkan dari mimpi indah setiap malam, betul tak? Ada orang dia memang sudah pandai untuk terjaga sendiri bila alarm sudah berbunyi. Ala, kalau snooze banyak kali itu sudah biasa dan asalkan boleh bangun. Ini bagi kawan-kawan kita yang jenis rasanya ada bencana alam jadi pada saat itu pun dia tak akan bangun, hmm… rasanya memang mereka perlukan pertolongan mak ayah dia mungkin? Jadi, jom kita tengok jenis dan cara bagaimana mak dan ayah korang kejutkan korang dari tidur, korang yang mana satu ya agaknya? 

BELAIAN KASIH

Sumber gambar: The Coverage

Ada tak antara korang yang dikejut dengan belaian kasih sayang parents? Kiranya, parents korang datang peluk saja atau sekadar cium dahi sahaja dah terus bangun? Woah! Comel sangat korang dengan mak ayah korang. Mesti ini sejenis yang sangat manja, baik dan dengar cakap betul tak? Sweet! Untuk pengetahuan korang, jenis macam ini pun sebenarnya senang saja tau untuk berdikari bangun sendiri. 

SIMBAH AIR

via GIPHY

Setiap pagi mesti basah badan korang atau kadang-kadang kalau tahap parents korang dah tak tahan, satu baldi air dia simbah pada korang. Perghh! Dahsyatnya korang.. Apa kata kalau cubaan pertama dan kedua mak ayah korang kejut guna air yang sekadar percik air pada muka itu korang bangun terus. Tak adalah nanti setiap pagi nak kena jemur semula cadar dan tilam sebab air sebaldi yang parents korang jirus itu. LOL

JERITAN 

via GIPHY

“ASTAGFIRULLAHALAZIM TAK BANGUN LAGI! ANGAH! KAU BANGUN SEKARANG! YA TUHAN NAK JADI APA BUDAK INI!”.

Siapa yang setiap pagi bila dengar sahaja laungan dan jeritan suara parents korang baru nak terjaga? Ish! Ish! Korang ini! Tak kesian pada anak tekak parents? Orang seperti ini biasanya yang jenis tidur hampir mati orang cakap. Bila dengar orang jerit baru nak bangun. Fuhh! Apa kata korang belajar set dan pasang high volume alarm? Tak adalah parents korang setiap hari kejutkan korang macam nak kejutkan anak jiran sekali. Opss!

CAKAP DAH LAMBAT

Sumber gambar: Abang Brian

Pernah parents korang datang kejutkan dengan muka slumber kata “Acu, dah pukul 10 pagi ini. Bukan Acu ada kelas ke hari ini?”. Fuh! Dengan sepantas kilat korang terus bersiap mandi, sarapan apa semua, sekali bila tengok jam baru pukul 7 pagi. Alamak! Sudah tercyduk dengan parents sendiri! Korang pernah kena tak? Mesti waktu itu hanya kesabaran saja yang mampu dipertaruhkan. 

TUTUP KIPAS

Sumber gambar: Train Right

Parents siapa yang jenis akan tutup kipas dan aircond bila pagi? Sampailah satu masa selepas beberapa minit korang rasa panas sikit dan hampir berpeluh, terus bangun betul tak? Ini adalah cara paling smooth and cool yang parents korang boleh buat sebab automatik korang akan terjaga sendiri dan parents korang tak perlu try hard guna tenaga mereka untuk kejut korang dan paling mereka suka adalah jimat bil elektrik. Savage

Baik jujur dengan diri sendiri korang yang mana satu? Atau walaupun dah dikejut dengan semua cara ini tak bangun juga? Ish! Ish! Dahsyat betul ya korang tidur sampai semua cara ini pun tak berkesan. Boleh kongsi sikit tak dengan kami, korang jenis wajib dikejutkan dengan cara seperti apa? Lepas ini, korang pun kena berlatih juga ya untuk belajar bangun tidur dengan sendiri tanpa perlu dikejutkan. Iyalah, nanti kalau tak praktikkan dalam hidup, dah dewasa nanti nak pergi kerja bila dah tinggal sendiri nanti tak akan nak mak ayah korang kejut pula? Korang mesti boleh buat punya okay

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Unpack Barang Dari Asrama Paling Simple

Ketiak Busuk, Letak Pantyliner Pun Berkesan!