in ,

Cara Maintain Bulu Lambat Panjang Selepas Shave

Sumber gambar: Cargocollective.com

Penat asyik nak kena shave je setiap minggu. Baru shave then tumbuh lagi, minggu ni shave, minggu depan dah panjang semula.

Siapa je yang suka nak shave setiap masa? Kalau boleh sekali shave nak biar je sampai lepas sebulan baru shave semula. Tapi takut pula nanti jadi hutan simpan, ops! Kita sebagai perempuan kena titip berat soal penjagaan kebersihan diri. Lagi-lagi bab kebersihan bulu-bulu kehidupan yang ada dekat badan. Contohnya bulu di kemaluan, bulu ketiak dan juga bulu-bulu lain yang berkaitan.

via GIPHY

Untuk ‘buang’ bulu, ada banyak cara yang boleh kita buat iaitu shave, wax ataupun lakukan laser. Tapi kalau korang tak cukup duit, of course cara paling mudah ialah shave je walaupun terpaksa buat setiap minggu. Since korang pun masih bersekolah, kena la berjimat cermat kan. Stock shaver mesti tak pernah putus dekat rumah tu. Ada cara sebenarnya untuk kita maintain bulu tak cepat tumbuh lepas shave. Korang boleh ikut cara yang Ainaa sendiri amalkan dan juga kaedah yang dilakukan oleh beberapa orang yang Ainaa soal siasat berkaitan bulu-bulu, hehe!

BUAT BANCUHAN GULA

Image result for bancuh gula dan madu
Sumber gambar: Hellosehat

Lepas shave, mesti akan ada bulu-bulu simpanan yang masih tak habis kan? Bila dah masuk hari ketiga lepas shave, mesti akan tumbuh bulu tajam-tajam sampai buatkan korang rasa tak selesa. Waktu ni la yang sesuai untuk korang buat additional kerja bagi melambatkan proses pertumbuhan semula bulu tak kisah dekat kaki, ketiak, Miss V atau pun dekat bahagian bibir. Apa yang diperlukan ialah panaskan beberapa sudu dekat dalam kuali selama seminit. Then masukkan jus lemon dan gaul sampai ia jadi pekat. Tunggu sampai sejuk dan sapu dekat mana-mana bahagian berkenaan. After that, ambil kain kering dan letak dekat bahagian gula tadi before korang tarik mengikut arah lawan pertumbuhan bulu. Cara ni berkesan untuk melambatkan proses pertumbuhan semula bulu. Actually boleh je gunakan madu asli, cuma gula ialah bahan alternatif yang paling mudah korang boleh cuba.

PAKAI CONDITIONER

Image result for shave kaki
Sumber gambar; Toodia.my

Dengar macam pelik dan tak logik kan? Sebenarnya cara ni berkesan dan Ainaa sendiri dah cuba. Caranya Ainaa dapat daripada Tee sebab dia yang try dulu, haha! Apa yang korang perlu buat ialah lepas habis shave especially dekat bahagian kaki, sapukan conditioner rambut dekat situ then shave sekali lagi. Tak tahu dekat mana bukti keberkesanan, tapi ia sebenarnya memang berkesan. Even bulu akan tumbuh dengan perlahan berbanding tak pakai conditioner. Kalau tak percaya, korang cuba la cara tu.

SAPUKAN ALOE VERA

via GIPHY

Macam yang korang tahu, aloe vera ni banyak fungsinya. Bukan setakat buat rambut kita lembut, kulit muka kurang burn dan macam-macam lagi, tapi juga berkesan untuk digunakan selepas aktiviti shave. Sapukan aloe vera dekat bahagian yang dicukur secara lembut dan perlahan. Buat beberapa kali dalam sehari sebab ia akan membuatkan kawasan cukur menjadi lembut dan kesan kemerah-merahan seperti ruam pun akan dapat dikurangkan. So that tak ada la korang asyik garu je lepas dah shave tu.

PANASKAN BADAN SEBELUM SHAVE

via GIPHY

Biasanya kalau kita nak cuci muka secara mendalam, kita akan stim muka dengan wap air panas supaya liang pori terbuka. Sama juga macam shave ni, kita boleh juga buat cara panaskan bahagian yang ingin dicukur. Caranya mudah, letakkan tuala panas dekat tempat yang ingin dicukur selama beberapa minit. Kalau dah rasa panas-panas tu, boleh la terus shave. Bila kita dah buka liang pori, senang la sikit nak mencukur tu. Bulu akan mudah dibuang dari akar. Proses pertumbuhan semula pun akan jadi lambat since bulu dah ditarik dari akar.

Lepas ni jangan jadikan alasan malas nak shave dah ya. Jangan sampai dah jadi hutan, baru nak shave. Buat malu dekat orang je kalau ada yang tahu korang malas nak shave bulu ketiak dengan bulu dekat Miss V tu! Kebersihan tu penting tau, jangan ambil mudah dengan perkara ni.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Apple Tangguhkan Keluaran iPhone Baru

Penyakit Yang Masih Belum Ada Ubatnya