in ,

Cara Lebatkan Semula Rambut Dengan Buah Keras

Sumber gambar: holistichair.co.nz

Aduh, baru sikat rambut dah banyak yang gugur! Belum campur atas lantai bilik lagi, dalam bilik air pun banyak juga rambut gugur. Habis botak kepala ini!

Setiap girls rasanya memang ada masalah rambut gugur. Tapi walaupun banyak mana rambut yang gugur, kita tetap tak botak. Cuma nampak sikit perbezaan yang mana rambut jadi semakin nipis. Kalau dulu nak ikat rambut sampai lenguh tangan nak ikat semua rambut, sekarang bukan main senang sebab rambut dah jadi sikit dan nipis.

via GIPHY

Bila rambut dah nipis yang tak boleh nak duduk diam, kantoi nanti kena gelak dengan kawan-kawan kalau mereka tahu yang rambut kita makin nipis! Walaupun yang penting ialah rambut sihat, tapi bila dah nipis kita pun tak confidentΒ dengan orang lain.. Lebih lagi yang free hair ke sekolah!

Sebenarnya ada cara yang boleh korang lakukan untuk melebatkan rambut tanpa perlu keluarkan banyak duit untuk ke salun rambut. Buat dekat rumah pun boleh tau, simple asalkan korang rajin. Cuba buka peti ais mak korang, ada tak buah keras? Kalau tak tahu buah keras itu macam mana, sila Google dan kalau tak tahu juga, terus tanya mak.

Image result for buah keras
Sumber gambar: Eshop.Tesco

Biasanya mak akan gunakan buah keras untuk menyedapkan lagi makanan. At the same time fungsi minyak buah keras ialah ia akan membantu pertumbuhan rambut! Bukan itu saja, ia juga akan mengurangkan rambut gugur. 2 in 1, kurangkan gugur dan melebatkan rambut kita.

  • Firstly, korang ambil buah kera dalam lima atau enam biji, bagi cukupkan muat dalam lesung batu.
  • Tumbuk sehingga hancur, kalau rasa sikit boleh tambah lagi
  • Then, goreng atas api tanpa minyak
  • Kacau rata dan kena pandai jaga api supaya tak kuat sangat
  • Goreng sampai buah keras berubah kepada warna coklat perang
  • Angkat dan letak dulu dalam satu bekas lain, biar suam-suam sikit
  • After that, tumbuk semula ke dalam lesung batu sampai lumat dan ada minyak yang terkeluar
  • Bila dah lumat, toskan guna penapis. Boleh je kalau tak nak tapis tapi nanti ada kesan hitam-hitam sedikit
Sumber gambar: Twitter

 

Sumber gambar: Twitter

Langkahnya agak leceh sikit tapi tadi kata nak murah, ini jalan paling mudah. Lepas agak-agak minyak itu cukup untuk satu kepala korang, boleh lumurkan dekat kulit kepala. Buat macam korang apply serum di kulit kepala. Sambil itu buat urutan sikit dekat kulit kepala. Nak effective, apply dua kali sehari, so that korang akan nampak kesan dengan lebih cepat.

Biarkan minyak meresap ke dalam kulit selama 1-2 jam dan lepas itu baru bilas. BTW minyak ini agak berbau sebab bau yang keluar itu ialah bau semula jadi buah keras. Make sure after dah bilas, korang basuh rambut guna shampoo and conditioner. Baru dapat result yang daboom!

Sis sendiri tak pernah lagi guna cara ini, cuma dulu pernah pakai minyak kelapa dara. Dia punya bau, pergh! Tapi dia punya result memang memberangsangkan, hehe! Apa pun kita kena cuba dulu sebab kata orang bahan semula jadi lagi berkesan daripada yang proses. Selamat mencuba!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Februari Bulan Penyanyi BBNU Release Lagu Baru

Combo Makanan Pelik Korang Mungkin Boleh Cuba