in ,

Cara ‘Lawan’ Dengan Orang Selalu Nak Menang!

Sumber gambar: memegenerator.net

Panasnya hati ni, dah tau dia salah tapi still nak menang!!

Hai girls! Korang pun alami situasi susah nak kawal kawan yang suka tegakkan pendapat mereka atau dalam kata mudah kawan yang selalu nak menang je? Asyik-asyik dia nak menang, sampai habis semua pendapat orang lain dia tolak. Sifat macam ni sangat no no! Kalau sekali sekala tak apa, tapi kalau selalu nak dengar cakap dia je, tak dapat orang lain nak bersuara.. kan girls? #Lunagirls nak tahu sebab apa ada sesetengah kawan kita bersifat macam ni? Sebabnya mereka..

TAK CUKUP KASIH SAYANG

via GIPHY

Mereka yang selalu nak argue pasal sesuatu isu ni sebenarnya kurang kasih sayang! Benda kecil pun dia nak lawan dan nak menang.. Mungkin kawan korang tu nak attention daripada cikgu atau kawan-kawan yang lain so kita bersangka baik la eh! Kesian kawan tu kurang kasih sayang sebab tu nak tarik perhatian korang! Hihi!

KURANG KEMAHIRAN KOMUNIKASI

via GIPHY

Mereka mungkin tak tau cara yang betul nak berkomunikasi.  Mungkin juga selalu sunyi dekat rumah, so bila pergi sekolah mereka rasa bebas untuk bercakap sehinggakan tak perasan tersakitkan hati kawan lain. Girls, korang jangan tak kawan pula dengan mereka tau! Mana tahu dapat ubah sifat mereka ke arah yang lebih baik?

HATI SADO

Sumber gambar: hcjohor.blogspot.com

Bila korang dengar yang kawan tu nak bersuara, get ready untuk kuatkan hati dan tebalkan telinga! Jangan terlalu ikut perasan dan tak perlu pun amik hati dengan kata-kata dia tu. Kata orang, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. Jangan korang pun join berbalah dengan mereka pula, tak berbaloi pun girls!

JADI POSITIF

via GIPHY

Always be positive bila berdepan dengan kawan yang bersifat begini. Tak payah react pun bila kawan tu mula berhujah. Jangan argue, sebab lagi korang lawan, lagi panjang laa cerita mereka nanti! Jadi, the best way ialah tarik nafas dalam-dalam, senyum dan let it go..

Lepas ni korang relax je untuk berdepan kawan yang macam ni okay! Yang penting korang kena bersabar dan bersabar.. Orang yang bersabar banyak keuntungannya!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Malas Nak Pergi Sekolah Bila Dah Lama Cuti!

Cukup Ke Cuci Muka 60 Saat?