in ,

Cara Kurangkan Stress Ketika Belajar

Sumber gambar: pinterest.it/nprpins

Kita sebagai pelajar mesti kadang-kadang akan menghadapi masalah tekanan semasa belajar, betul tak? Dan hal itu adalah hal yang paling sering dialami oleh setiap orang dan ia juga boleh ditangani dengan baik kalau korang tidak overthinking sampai menganggu konsentrasi dalam banyak hal. Jadi, untuk korang yang selalu sangat stress ketika belajar itu, LUNARIA ada beberapa tips bagaimana nak kurangkan tekanan korang dan mungkin selepas ini korang boleh cuba? Selamat mencuba! 

TAKE 10

via GIPHY

Ambil masa dalam 10 minit dalam tempoh waktu korang belajar dengan melakukan aktiviti lain. Antara yang boleh korang lakukan adalah nap, renggangkan badan, menyanyi, check media sosial, dan banyak lagi hal yang boleh korang cuba lakukan dalam masa 10 minit. Korang perlu ingat, contohnya dalam jadual belajar korang adalah satu jam, jadi 50 minit belajar 10 minit rehat pun sudah memadai. 

MAKAN

via GIPHY

Selain itu, antara cara nak kurangkan tekanan semasa belajar yang boleh korang cuba adalah makan. Ya, korang wajib letak beberapa snek di meja belajar korang sebab ia memang sangat membantu diri korang supaya lebih tenang untuk belajar. Jangan terlalu kerap makan snek seperti jajan sebab nanti kalau berat korang naik, korang dah stress dua benda pula? Snek yang boleh korang cuba adalah seperti buah-buahan, kekacang, kismis, kurma dan korang boleh cuba cari beberapa snek sihat yang mudah dihidang.

BERJALAN

via GIPHY

Korang juga boleh cuba untuk mengambil masa berjalan menghirup udara di kawasan taman rumah korang supaya ia boleh distract fikiran korang daripada terlalu serabut. Berjalan sehingga korang betul-betul tenang dan bersedia untuk sambung belajar dan ulangkaji semula. Jalan dalam rumah pun boleh je..

FOKUS 1 PERKARA

via GIPHY

Semasa belajar tenangkan fikiran korang. Kalau nak belajar itu, pastikan korang fokus satu subjek sahaja dan sebagai contoh jika korang nak belajar matematik, pastikan hanya buku matematik sahaja yang ada di atas meja. Jangan letak buku subjek lain langsung sebab ia memang membantu korang untuk fokus kepada satu hal sahaja dan lebih mudah untuk kita fahamkan subjek itu, setuju tak?

BELA HAIWAN

via GIPHY

Mungkin ada yang alah dengan yang satu ini tetapi ia memang berkesan untuk bantu korang tenang semasa belajar. Korang boleh cuba untuk membela haiwan contohnya seperti kucing, arnab, sugar glider, hamster dan banyak lagi haiwan mengikut yang korang suka. Ini sebab haiwan ini boleh dijadikan teman dan kawan korang semasa belajar. Dengan melayan gelagat mereka, korang akan lebih seronok untuk belajar tau! 

Mungkin kalau korang praktikkan salah satu cara nak kurangkan tekanan semasa belajar ini, korang akan lebih gembira semasa nak belajar. Iyalah, lain orang lain caranya untuk belajar dan kawal tekanan dalam diri, betul tak? Apa pun, kalau belajar jangan pernah paksa diri sampai memudaratkan okay! 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Drama Melayu Wajib Tonton! No 1 Paling Fav

Isu Lagu Sumpah, Dayana Tuntut Pengakuan Daripada Naim