in ,

Cara Kurangkan Mencarut Paling Simple

Sumber gambar: wattpad.com

Weh perangai dia itu memang b*d*h sangat tau hari itu, ramai yang geram dengan dia sebab waktu itu dia menjerit macam s*a* kuat sangat oh!”

Siapa di sini yang memang kerap sangat mencarut? Memang ramai sangat kan? Dan budaya mencarut ini sebenarnya bukan lah sesuatu yang baru pun sebab ia sudah lama sejak dari zaman atuk nenek moyang kita lagi. Selalunya, kita akan dengar orang mencarut bila bergaduh, tengah buat kerja tak jadi, stuck dalam masalah dan lain-lain. Ia juga sekarang ini, dianggap hal yang biasa tapi apa yang sedihnya sudah ada kanak-kanak dibawah umur pun seperti adik-adik kita pun sudah pandai mencarut dan sebut perkataan tidak sopan. Bila dah jadi tabiat, mesti agak susah nak ubah kan? Sebenarnya tidak sebab kami ada beberapa cara untuk korang kurangkan menyebut perkataan mencarut itu. 

GANTI PERKATAAN SOPAN

via GIPHY

Jika sebelum ini korang suka sebut perkataan yang tidak baik seperti b*d*h, s*a*, b*b*, atau macam-macam lagi. Apa kata selepas ini, korang cuba tahan diri dan ganti semua perkataan itu dengan “Ish! awak ni cheesedale betul lah”. Jadi, bila korang dah jarang nak guna perkataan yang mencarut itu. Mesti lama-lama korang akan terbiasa dan tidak akan sebut lagi.

INGAT KESAN BURUK

via GIPHY

Korang kena ingat juga, sebenarnya kalau kita kerap sangat sebut benda tidak baik dan mencarut ini. Memang akan ada banyak kesan buruk. Contohnya, jika korang berada dekat dengan kanak-kanak dan tersebut atau terbuat benda kasar. Sudah pasti, mereka akan cuba meniru tau! Korang mesti tak nak menjadi salah seorang yang suka ajar kanak-kanak benda bukan-bukan, betul tak? Jadi, sebaiknya cuba ingatkan diri supaya korang tidak sebut perkataan-perkataan yang tidak baik.

CUBA DENDA DIRI SENDIRI

via GIPHY

Boleh juga kalau korang cuba denda diri sendiri. Sebagai contoh, kalau korang tersebut atau terucap perkataan mencarut, korang denda diri korang dengan masukkan duit dalam tabung ke, denda kena kena buat exercise ke dan banyak lagi denda korang boleh buat atau suruh adik-beradik korang yang decide kan. Minta mereka perhati ayat korang juga, supaya nampak korang lebih berdisiplin untuk tidak mencarut lagi. Hehe.

SEDAR ADA YANG PERHATI 

via GIPHY

Selain itu, korang juga mesti sedar ada yang memerhati korang terutama sekali korang yang muslim itu sebab kita ada tuhan yang maha memerhati dan maha mendengar. Jadi, kalau kita sentiasa ingat benda ini mesti kita akan cuba kurangkan dari menyebut perkataan tidak elok. 

Selepas ini, boleh lah korang cuba semua cara yang kami dah kongsi ini. Orang kata perlahan-lahan, lama-lama nanti mesti korang dah terbiasa dengan tidak mencarut. Iya lah, kadang-kadang kalau kita jujur dengan diri sendiri. Mencarut ini tidak ada faedah pun dan sebenarnya lebih baik kalau kita ekspres kan diri kita dengan cara yang lebih baik, betul tak? Jadi, selepas ini jom kita sama-sama cuba ubah diri supaya kurang mencarut. Hehe.

What do you think?

21 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Rahsia Sebalik Hidangan Makanan Korea

4 Menu Air Manis Special Untuk Berbuka Puasa