in ,

Cara Kumpul Duit Ekstra Untuk Pelajar Sekolah

Sumber gambar: https://twitter.com/sotong_bakar/status/1010468158304485376

Siapa antara #Lunagirls yang suka duit? LOL! Zaman sekarang kita perlukan duit untuk survive.. Zoe pun suka duit sebab dengan duit, kita boleh beli macam-macam yang kita suka dan selain itu kita boleh beri dekat orang yang memerlukan.. Korang tahu tak, kadang-kadang bukan orang yang dah dewasa dan bekerja saja boleh simpan duit banyak tapi kita yang tengah sekolah ini pun boleh simpan dan ada yang lebih banyak lagi simpanannya daripada orang bekerja. Nak duit banyak? Jom cuba cara Zoe kongsikan ini…

CARI KERJA

via GIPHY

Seperti yang kita tahu, yang dibawah umur 16 tahun korang memang tak dibenarkan bekerja sebab ianya salah disisi undang-undang dan silap-silap future majikan itu pun boleh ditangkap. Jadi, apa kata korang cuba cari kerja dari segi dapatkan upah dari keluarga? Contohnya, korang tolonglah mak korang buat kerja rumah dan cuba tanya boleh tak kalau nak upah? Biasanya mak kita akan bagi punya. Begitu juga dengan ayah pun boleh, kalau mereka suruh kita pergi kedai belikan barang ke cuci kereta atau apa sahaja. Dari situ korang boleh simpan duit upah itu untuk kegunaan bila perlu.

JIMAT-CERMAT

Setiap kali mak dan ayah awak beri duit belanja sekolah secara mingguan, korang janganlah habiskan semua duit belanja di sekolah. Makan sekadar cukup keperluan pun sudah cukup. Parents korang pun mesti ada yang suruh bawa bekal juga walaupun dah bagi duit belanja. Jadi, ia sangat mudah kalau korang simpan duit korang itu supaya lama-lama ia jadi bukit.

TABUNG

via GIPHY

Ya, tabung adalah satu benda yang penting untuk korang ada sebab kalau korang letak duit merata nanti takut terlupa. Kalau korang ada tabung, balik saja dari sekolah atau lepas dapat upah. Terus masukkan duit korang dalam tabung. Ia juga boleh disiplinkan diri korang untuk pandai menyimpan duit dengan sebaik mungkin. Hmm, tapi ingat! Jangan pula awak dah simpan lepas itu setiap minggu korek semula tabung itu! It’s a no! No! No!

Selepas ini, korang boleh cuba semua cara yang Zoe kongsikan ini dan nanti bila dah banyak boleh korang simpan dalam akaun bank sendiri. Percayalah, kalau korang disiplinkan diri dari sekarang mesti dah besar nanti, awak semua tak akan ada masalah untuk uruskan duit. Sekali-sekala itu juga korang boleh saja bagi hadiah untuk diri sendiri dengan duit itu. Iyalah, penat-penat simpan, takkanlah sampai tak nak guna langsung untuk gembirakan diri sendiri? Hehe!

What do you think?

9 points
Upvote Downvote

Comments

Komen
  1. I dah try jimat2 tabung n’ cari kerja but baru beli barang sekolah untuk spm ni je duit dah keluar macam air 😭😭 padahal I dah kumpul lebih dua bulan sedih lah😣

    • Biasalah tu Ain, waktu belajar lagi-lagi kalau kita dah senior memang banyak guna duit. Tak apa lain kali boleh kumpul lagi. Hehe! BTW, Goodluck SPM!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pesanan Mak Ayah Yang Paling Famous!

Mu’izz Juara ICSYV2 Tak Gila Glamour!