in ,

Cara Kekal Sikap Positive, Selalu Feeling Cantik

Sumber gambar: Pinterest

Bila kita ada pemikiran yang positive, semua benda akan buat kita rasa gembira. Tengok kucing tidur dekat tepi jalan pun boleh buat kita tersenyum. Itu pentingnya bila ada pemikiran yang positive.

Untuk mempunyai pemikiran yang positive ni tidak la susah mana pun as long as kita dapat buang segala sikap negative yang ada dalam diri supaya kita dapat merasai keindahan yang ada. Bila kita bersikap positive, surrounding pun akan turut positive juga sehingga mewujudkan persekitaran yang menyeronokkan. Tak susah pun nak ada sikap positive dalam diri, caranya ialah dengan…

FEELING CANTIK SENTIASA

Image result for pretty meme
Sumber gambar: Meme

Kalau bukan kita yang puji diri kita, siapa lagi kan? Sentiasa biasakan diri dengan memuji kecantikan diri korang. Tapi jangan la sampai syok sendiri perasan cantik. Beza tau puji diri cantik dengan perasan cantik. Puji diri cantik tu korang bercakap dengan diri sendiri, tapi kalau perasan cantik tu korang sampai buat orang sekeliling annoyed pula. Tak semestinya korang kena puji kecantikan diri, cukup sekadar korang menghargai kelebihan atau kekurangan yang ada dekat dalam diri. Bila kita buat macam tu, kita boleh menutup kelemahan yang ada dalam diri serta perkara itu akan buatkan korang rasa positive sentiasa. As long as korang berpada dalam memuji diri, jangan sampai orang lain cakap korang perasan seorang diri ya. Hormati diri sendiri dan jangan sesekali membandingkan diri korang dengan orang lain ya.

SENYUM ITU SEDEKAH

Image result for smile meme
Sumber gambar: Askideas

Moody la macam mana sekali pun tapi bila senyum, nampak manis je muka tu tau. Biasakan diri dengan tersenyum bila berjalan di tempat yang ramai orang. Supaya bila orang lain tengok korang, mereka pun akan rasa happy sentiasa. Tapi make sure jangan senyum dekat boyfriend orang lain pula ya, satu hal pula nanti bergaduh dengan girlfriend dia pula, hehe! Berpada sikit senyum tu, jangan happy sangat takut orang ingat korang tak sihat. Senang cakap, jangan sombong dengan orang sekeliling. Bila orang tengok kita tersenyum, mereka akan rasa yang kita ni seorang yang peramah walaupun tidak berbual bersama. Orang lain pun akan rasa selesa dengan korang dan diri sendiri akan rasa happy.

BERSYUKUR

via GIPHY

Tak kisah kita cukup atau tidak dengan apa yang kita ada, tetap terapkan dalam diri erti kesyukuran. Kalau rasa apa yang korang ada tu tak cukup, usaha lagi macam contoh result yang bagus. Tak puas hati dengan result, next time buat yang terbaik supaya korang dapat apa yang diinginkan. Jangan membandingkan kehidupan korang dengan orang lain. Dengan itu, korang akan sentiasa rasa bersyukur dalam diri dan takkan pernah rasa kekurangan yang ada. Bila kita sentiasa bersyukur, kita akan merasai kebahagiaan dalam hidup.

JANGAN TERLALU SENTITIVE

via GIPHY

Sikap sensitive dan girls ni memang takkan dapat dielakkan. Tapi jangan terlalu sensitive dengan semua perkara. Perasaan ni memang susah untuk dikawal, tapi kalau asyik nak ikutkan perasaan je sampai bila-bila pun kita akan terasa dengan semua benda. Sampaikan orang lain pun tak berminat untuk pujuk korang sebab semua benda nak jadikan isu. Takut juga orang sekeliling akan menjauhkan diri bila korang terlalu sensitive, emosional, dan mudah terasa ni. Kita kena pandai handle sikap negative dalam diri supaya kita akan sentiasa rasa kuat! Daripada situ la perasaan positive tu akan lahir.

Bukan susah pun kan nak ada sikap positive dalam diri, as long as korang buat dengan kerelaan hati. Bila kita sentiasa ada sikap positive, perjalanan hidup pun akan berjalan dengan lancar. Setiap apa yang dilakukan akan buat kita rasa ikhlas. So, buang segala perasaan negative dan lahirkan perasaan positive okay!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kisah Viral Result SPM 2019

Cara Nak Tambah Kawan Dengan Mudah