in ,

Cara Isi Masa Lapang Selepas SPM

Sumber gambar: tunjuksitu.blogspot.com

Hmm… lepas SPM ini nak buat apa eh? Mesti bosan kalau tak buat apa-apa!

Yeay! SPM dah habis! Bestnya dah tak perlu belajar selepas ini. Bolehlah lepas ini plan nak sambung mana, nak ambil course apa dan macam-macam! Dan tak sabar nak jadi dewasa sebab nanti ada duit sendiri. Hehe! Tapi sebelum nak dapat keputusan semua itu, korang buat apa saja? Dah ada plan ke nak buat apa saja? Ke tak ada idea untuk isi masa yang banyak itu. Okay, jom kami bagi korang idea macam mana cara nak isi masa lapang korang selepas SPM. Jadi, nanti tak ada lah masa korang terbuang sangat. 

SUKARELAWAN

Sumber gambar: Free Malaysia

Apa kata kalau korang isi masa korang dengan membuat perkara kebajikan seperti masuk dalam mana-mana sukarelawan. Korang boleh sahaja masuk untuk jadi sukarelawan yang bantu gelandangan ke, bantu mangsa banjir ke, bantu warga emas ke dan banyak lagi benda yang sukarelawan buat untuk bantu beberapa golongan yang memerlukan. 

KERJA PART TIME

Sumber gambar: Hip Wee

Sekarang inilah masanya untuk korang belajar cari duit sendiri. Jadi, tunggu apa lagi? Pergilah cari kerja part-time! Sebab banyak sangat kerja part-time yang boleh korang cuba seperti kerja di 7-eleven, petrol pam, Starbucks, dan lain-lain. Selain dari dapat duit yang boleh korang simpan untuk kegunaan masa depan, korang akan dapat ilmu baru waktu korang bekerja nanti. Hehe

BELAJAR BAHASA BARU

Sumber gambar: Kampung Inggeris Bandung

Kalau dulu nak belajar bahasa baru perlu pergi ke kelas bahasa untuk belajar bahasa baru tetapi sekarang kita boleh belajar masa baru kita boleh guna banyak aplikasi yang ada dalam telefon kita. Bukan apa, zaman sekarang memang memerlukan kita untuk belajar banyak bahasa untuk mendapatkan pekerjaan. Oleh sebab itu, cuba korang isi masa lapang korang itu belajar bahasa lain, nanti tidaklah terlalu bosan.

JUMPA KAWAN

Sumber gambar: Medan

Untuk pengetahuan korang, kesepian dikatakan lebih berbahaya daripada obesiti dan hidup berseorangan ini mampu buatkan korang rasa stress. Sebab itu kalau nak elakkan dari rasa sunyi dan sepi korang perlu jumpa kawan korang untuk bertanya khabar, berkongsi cerita, bertukar ketawa dan sebagainya. Barulah korang akan rasa lebih bertenaga untuk teruskan hari korang. Tak dalam jumpa pun tak apa, telefon dan berbual pun boleh saja. Hehe!

EXPLORE BENDA BARU

Sumber gambar: Adventure Sports Nepal

Akan ada banyak sangat masa terluang habis SPM ini, why not korang cuba explore banyak benda baru yang korang belum cuba dalam hidup korang. Antara contohnya korang boleh explore aktiviti seperti rock climbing ke, water rafting ke, flying fox, pusing KL naik basikal pun boleh.. korang boleh sewa basikal di Superdeals untuk dapatkan tawaran hebat dan banyak lagi. Untuk yang suka buat aktiviti lebih rileks, korang boleh cuba memasak, menjahit, berkarya buat lagu dan short film pun okay juga. Nanti hasil karya korang itu share saja di media sosial, mana tahu korang boleh jadi ikon kepada belia luar sana yang sedang mencari inspirasi.

Kemudian, korang boleh saja nak plan nak buat apa setiap minggu atau bulan. Contohnya, bulan pertama nak kerja part-time, bulan kedua explore benda baru dan belajar bahasa baru, seterusnya aktiviti lain korang boleh buat untuk isi masa lapang korang yang banyak sangat terluang..

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Packing Untuk Travel Naik Flight!

WhatsApp Group Dah Tak Boleh Invite Orang Lain Sesuka Hati