in ,

Cara Hilangkan Rasa Malas Yang Membelenggu Diri

Sumber gambar: talkmovietome.wordpress.com

Korang pernah ada hari malas? Hari bila kita rasa malas sangat nak buat apa-apa aktiviti.. Perasan tak, dari sehari, jadi berhari-hari dan berminggu-minggu kita malas. Lebih lagi, sekarang ini musim cuti sekolah. Mesti ada rasa seperti nak ganti semula tidur yang tak cukup, tenaga nak di charge semula dan banyak lagi sebab dah all out waktu sebelum musim cuti tiba. Kemudian, waktu tengah bermalasan itu badan korang tiba-tiba rasa berat, penat, cepat sakit dan banyak pula hal dia nak ada, betul tak? Ha! Itu adalah salah satu sebab kenapa korang tak boleh bermalasan berlebihan sebab ia akan beri kesan kepada mental, fizikal dan banyak lagi perkara tau! Jadi ayuh kita hilangkan rasa malas yang membelenggu ini mulai sekarang! 

KOMITMEN

Sumber gambar: Probono

Benda yang korang perlu ada adalah komitmen untuk berubah atau lebih cukup kalau korang cakap pada diri sendiri yang hari esok korang tak nak jadi seorang yang malas lagi. Buat juga satu perancangan masa untuk capai impian korang. Jadi by the time korang akan teringat dan terus jadi rasa tak nak malas sebab ada komitmen yang perlu korang kejar mengikut masa untuk korang capai deadline yang sepatutnya.

MOTIVASI

Sumber gambar: Wealthy Gorilla

Yakinnya kau boleh berjaya, dah lah pemalas! Are you sure?

Ha! Ada yang cakap macam ini dekat korang? Apa kata korang buat itu sebagai satu motivasi untuk hidup korang supaya tidak malas. Memang betul kebanyakan orang pemalas memang kreatif sebab dia pemalas tetapi lebih ramai lagi orang pemalas yang tak berjaya dalam hidup. Semua orang yang berjaya adalah orang yang rajin. Walaupun jika korang tak pandai tetapi jika korang rajin, sudah pasti diri korang akan berjaya! Percayalah! 

TO-DO-LIST

Sumber gambar: Forbes

Sentiasa buat TO-DO-LIST untuk diri korang besar-besar dan tampal dalam bilik korang. Contohnya untuk rutin harian seperti dari mula bangun tidur, mengemas, keluar tolong ibu ayah, bersosial dan lain-lain. Jika ada to-do-list ini mesti korang tak akan malas punya sebab dah ada jadual sendiri.

DETOX YOUR LIFE

Sumber gambar: Jom Ke Seoul

Mulakan dari cut semua kawan yang beri pengaruh buruk pada diri korang dan hentikan semua kelakuan buruk yang korang selalu buat selama ini slowly but surely. Stay away from social media sementara waktu dan buat habit tracker untuk diri korang sendiri seperti main telefon sehari cuma terhad kepada kurang 10 jam sehari, minum air yang cukup, pastikan baca buku sehari 30 minit sehari dan lain-lain. Bila korang ada benda ini, mesti hidup korang akan lebih sihat.

MEDITASI

Sumber gambar: The Conversation

Penyebab utama korang malas adalah sebab pola hidup korang yang tidak sihat. Oleh sebab itu, racun malas itu sudah masuk dalam badan korang. Selepas ini bolehlah korang ubah gaya hidup korang dengan sentiasa bersenam dan lakukan juga meditasi diri supaya korang boleh buat banyak perkara bermanfaat untuk diri korang capai impian korang.

Nak bermalasan sekali-sekala dalam sebulan itu boleh sahaja tetapi pastikan korang tak buat secara over sebab nanti ia akan beri kesan kepada diri korang khususnya kesihatan diri korang. Buat juga beberapa aktiviti yang lebih chill seperti yang kami kongsikan tadi supaya gaya hidup korang lebih sihat.

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Selesaikan Masalah Bila Adik-Beradik Keras Kepala

Vagina Terasa Gatal & Kering? Amalkan Makanan Ni…