in ,

Cara Hilangkan Insecure Untuk Berfesyen

Sumber gambar: www.pinterest.com/Kailunah

Penampilan fesyen memang memainkan peranan yang sangat penting untuk kita semua. Ini sebab dari fesyen juga orang yang melihat kita mampu melihat bagaimana personaliti kita untuk pandangan kali pertama sebelum mengenal kita. Tidak dinafikan juga, fesyen ini ada pelbagai jenis yang menarik dan variasi mengikut citarasa masing-masing. Akan tetapi, walaupun sekarang ini sudah ramai orang yang arif tentang fesyen, masih ada lagi di antara kita yang insecure untuk berfesyen sebab takut di-judge. Jadi, untuk korang yang nak hilangkan perasaan insecure berfesyen itu, boleh cuba tips ini! 

MINTA PENDAPAT ADIK-BERADIK

via GIPHY

Korang boleh cuba tanya pendapat adik-beradik korang yang memang arif dalam fesyen. Biasanya, kalau adik-beradik kita ini mereka akan suruh korang guna back to basic style sahaja sebab lebih mudah. Bukan setakat itu sahaja, pendapat adik-beradik kita juga biasanya lebih jujur dan ikhlas sebab kalau apa yang korang pakai itu buruk mesti mereka akan diss korang time itu juga. Haha! 

TRY AND ERROR DEPAN CERMIN

Sumber gambar: pinterest

Selain itu, korang boleh juga try and error depan cermin, bila korang tengah tak buat apa-apa. Sambil mengemas semula wardrobe korang, boleh lah ambil beberapa pakaian korang dan cuba tengok gaya mana yang sesuai untuk korang. Korang juga kena lah padan-padankan mana yang sesuai dan susun baju itu mengikut warna yang boleh mix and match mengikut gaya yang trend masa kini.

SEBELUM HANGOUT CARI INSPIRASI

via GIPHY

Bila korang nak keluar lepak dengan kawan di mana sahaja. Korang boleh lah cari beberapa inspirasi di internet atau media sosial untuk bergaya. Contohnya, kalau nak keluar lepak kafe dengan kawan itu, baju apa yang sesuai, nak dating ke, nak pergi wayang dan lain-lain pun korang mesti cari inspirasi terlebih dahulu. Jangan nanti bila dah last minute, baru lah nak terfikir nak pakai apa…hehe! 

CARI BAJU SESUAI, CUBA PAKAI

Sumber gambar: pinterest

Seterusnya, korang juga wajib cari baju yang sesuai untuk bentuk badan, warna kulit dan lain-lain supaya sesuai dengan diri korang. Ini sebab walaupun kita semua bebas berfesyen, tidak semua orang sesuai untuk gayakan semua pakaian. Jadi, korang perlu fikir dahulu baju apa yang sesuai untuk diri korang dan cuba pakai, fikir dan perhati dengan lama sama ada gaya itu sesuai atau tidak untuk korang. 

Bila dah cuba semua tips yang kami kongsi ini, boleh lah korang dengan yakin keluar bergaya nak ke mana sahaja. Bukan itu sahaja, korang juga boleh cuba dari bergaya dari rumah dahulu. Bila korang selalu berpakaian kemas bermula dari rumah, mesti bila nak keluar jalan-jalan nanti, gaya korang akan lebih ekstra dan lebih better! Hehe! 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Breakfast Apa Yang Korang Paling Suka Kalau Padan Dengan MILO?  

Study Hacks Supaya Kita Tetap Ada Semangat Nak Belajar