in ,

Cara Hilangkan Homesick Untuk Korang Duduk Hostel

Sumber gambar: room.ly

Tidak dinafikan, bila dah lama duduk bersama keluarga di rumah, tiba-tiba kena masuk asrama dan berjauhan dengan keluarga itu memang satu perasaan yang tak best dan ada beberapa orang di antara kita yang akan mengalami homesick. Perasaan nak balik rumah setiap hari itu memang akan membuak, lebih lagi untuk sesiapa yang manja dan rapat dengan parents di rumah. Kali ini, kami akan kongsi dengan korang cara nak hilangkan homesick untuk korang yang duduk di asrama. 

CARI GENG

Sumber gambar: pinterest

Benda yang korang perlu buat untuk hilangkan homesick adalah korang kena cari kawan. Tidak kisah sama ada kawan bilik atau kawan kelas yang korang boleh belajar sama-sama. Jadi, bila korang ada kawan ada kawan, korang bolehlah ajak mereka untuk kemana sahaja seperti pergi makan, nak belajar, dan sebagainya. Elakkan untuk duduk sendirian sebab memang korang akan mudah rindu rumah.

RONDA KAWASAN

Sumber gambar: newsroom

Selain itu, bila korang sudah ada kawan. Korang bolehlah ajak kawan korang itu untuk meronda kawasan sekolah korang. Bukan tak boleh keluar pun kan? Korang ajaklah kawan korang itu ronda kawasan perumahan di asrama korang atau lain-lain. Sekurangnya, korang bolehlah beli keropok lekor, pisang goreng atau mungkin tengok pemandangan pada waktu petang. Barulah ia boleh distract sikit diri korang daripada asyik teringat rumah. 

MASUK KELAB/ PERSATUAN

Sumber gambar: college taylors

Untuk pengetahuan korang, dengan join kelab atau persatuan sebenarnya boleh bantu korang sibukkan diri di asrama tau! Ini sebab dalam kelab atau persatuan, biasanya akan ada aktiviti yang boleh korang buat dan pastikan korang masuk kelab yang aktif. Selain dapat sibukkan diri, ia juga akan bantu korang untuk dapat markah atau merit yang lebih, betul tak? Hehe

CALL FAMILY 

Sumber gambar: pop sugar

Kemudian, sekarang ini kan lebih mudah sebab ada teknologi dan di asrama pun banyak yang dah boleh bawa telefon. Jadi, apa kata korang luangkan masa korang dengan telefon atau video call keluarga korang? Korang borak lama sikit bila ada masa terluang itu juga sebab korang boleh bercerita pengalaman tinggal di asrama, apa yang korang buat di asrama dan banyak lagi.

RUTIN/ HOBI BARU

Sumber gambar: plant theraphy

Boleh juga jika korang wujudkan beberapa rutin atau hobi baru semasa tinggal di asrama. Antara yang paling mudah, korang rajin bersenam ke, walking sekitar taman ke, belajar bersolek atau nak berfesyen ke, belajar bahasa tambahan ke dan lain-lain. Sekurangnya, korang ada kemahiran tambahan dan tak bosan sangat waktu di asrama.

Nampak tak? Sebenarnya mudah sangat nak elak homesick ini. Lama kelamaan juga, korang akan terbiasa dan automatik boleh berdikari dan silap-silap. Letaklah korang di mana pun, mesti boleh saja nak duduk dan survive walaupun seorang diri.✌🏻

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kerja Part Time Yang K-Pop Idol Buat Sebelum Debut!

Fakta Unik Tentang K-Pop Idol Yang Tak Ramai Tahu