in ,

Cara Hiburkan Diri Di Rumah Sepanjang Ramadan

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Bulan puasa.. duduk rumah.. tak ada bazar.. hmm apa nak buat sepanjang hari?

Semalam Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah umumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan 2 minggu lagi! Korang okay ke dekat rumah? Jangan stress ya.. semua ini untuk kebaikan kita bersama. Lagi pun guys, seronok tau dapat duduk rumah lebih lagi di bulan puasa. Ada pelbagai aktiviti yang korang boleh buat untuk isi masa dan hiburkan diri selain makan dan minum. Antaranya ialah..

BUAT JADUAL HARIAN

via GIPHY

Dalam satu hari kita ada 24 jam, jadi banyak masa untuk kita bahagikan. Korang boleh mula dari sahur, lepas itu boleh solat Subuh jemaah bersama keluarga, baca Al-Quran, boleh juga buat solat sunat, then take a nap. Bangun dari nap, buat pula aktiviti berfaedah dengan keluarga.. Nak rehatkan minda layan drama pun boleh. Itu jadual korang, jadi susunlah ikut keselesaan masing-masing. Jangan pula jadual harian penuh nap, nap, nap je.. Rugi puasa satu hari, LOL!

BAGI ‘KAD RAYA’

Sumber gambar: Babyaimacomel.com

Bosanlah kalau asyik wish Selamat Hari Raya di mesej, WhatsApp atau Telegram. Apa kata tahun ini buat kad raya? Kalau rajin, boleh DIY kad raya guna kertas dan pos tapi di musim PKP ini elakkan keluar rumah untuk urusan tak penting.. Jadi jom buat kad raya virtual!Β Download sahaja aplikasi editor di phone korang. Nanti ikutlah nak letak lagu raya ke, gambar sendiri ke atau nak letak gambar satu keluarga pun boleh! Nanti dah nak dekat raya, baru send okay!

VIDEO CALL KAWAN-KAWAN

Sumber gambar: Lunariamy

Bila PM buat pengumuman PKP dilanjutkan dan nampak gayanya persekolahan pun lambat lagi nak mula. Jadi, apa kata korang video call kawan setiap hari seorang. Update aktiviti masing-masing. Kalau tak ramai kawan, korang boleh video call saudara mara yang jauh. Mesti nenek, atok, pakcik, makcik dan sepupu korang rindu nak buka puasa sama-sama. Setiap hari call orang yang berlainan supaya kita dapat update daripada setiap kawan-kawan dan ahli keluarga jauh. Kalau nak lagi seronok, video call semasa berbuka nanti. Ada juga feels berbuka bersama betul tak geng?

LAYAN MEDIA SOSIAL

via GIPHY

Masih lagi tak terhibur? Korang boleh layan media sosial pula.. Tengoklah video atau gambar-gambar kelakar yang ada di Internet. Tapi jangan pula scroll media sosial tiga empat jam secara berterusan.. Cukuplah sekadar hilangkan bosan sahaja. Kalau asyik main phone je nanti mak mesti marah. LOL! Korang tak tahu nak tengok video apa lagi? Korang boleh layan video di Instagram @lunariamy atau YouTube @LunariaTV. Kami pun kadang-kadang menghiburkan juga tau.. Selamat menonton!

CARI HOBI SPECIAL RAMADAN

Sumber gambar: Entitymag.com

Ya! Hobi baru. Ada pelbagai hobi korang boleh explore. Contohnya menjahit, memasak, melukis, buat kek, tulis novel pendek, dan pelbagai lagi. Orang kata nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Jadi korang kena berani untuk cuba benda baru. Kalau korang nak cuba jadikan hobi menyanyi dalam toilet masa mandi kepada menyanyi di Instagram pun boleh! Apa yang penting korang kena berani untuk cuba.. Tak perlu bajet yang besar pun untuk ada hobi baru.

Agak-agak bulan puasa korang kali ini akan terhibur tak? Ingat ya guys, kita kena #stayathome. Seronok tau dapat berpuasa di rumah.. Berbuka dengan keluarga, bangun sahur mak kejut.. Syoknya! Selamat berpuasa!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Resepi Ala Meatballs Ikea Mudah Dan Sedap!

Resepi Berasaskan Telur Paling Simple Tapi Sedap