in ,

Cara ‘Gurau Manja’ Dengan Kawan Yang Boleh Korang Cuba

Sumber gambar: www.dramabeans.com

Eh bosanlah! Kalau dapat prank Yana pun seronok juga ini! Hehe!

Siapa di sini yang setuju dengan Zoe yang prank dan bergurau dengan kawan ini memang seronok sangat? Sebab waktu itu kita dapat tengok muka terkejut atau muka menggelabah mereka kan? Waktu itu juga, baru kita tahu sama ada kawan kita ini sayang kita ke tidak kan? Ke dia terlalu sensitif sampai tak boleh dibawa bergurau langsung gitu kan? Ha! Jadi untuk korang yang rindu kawan itu, kami ada beberapa cara prank yang mungkin biasa korang dengar tapi tak pernah tahu nak buat macam mana itu boleh cuba lepas baca ini…

HILANG DARI RADAR

via GIPHY

Ini adalah cara paling senang, bila dah lama tak jumpa dan masing-masing excited nak jumpa tapi korang senyap tak respond apa-apa! Fuhh! Mesti kawan korang akan risau dan geram! Boleh pula nanti korang dah set date nak jumpa, tapi awak senyap sahaja.. Kawan pula dah siap tunggu dekat cafe. LOL! Kita bagi dia tunggu senang baru kita datang dekat dia.. cakap surprise!!! Hihi!

HEMPAP BERAMAI

via GIPHY

Yang ini tak perlu beri sebarang warning pun. Korang boleh datang serang kawan yang korang nak prank itu dengan peluk dia sampai korang dua terbaring dilantai dan kawan-kawan lain pun bolehlah serang kawan korang beramai-ramai dan hempap dia! Kalau boleh tickle dia sekali sampai dia sakit perut gelak sebab geli. Haha! 

SERANGAN PENYAKIT

via GIPHY

Sesuai untuk korang yang minat sinetron Indonesia, korang bolehlah buat-buat terkena serangan penyakit depan kawan korang yang korang nak prank itu contohnya berlakon pengsan tiba-tiba waktu salam peluk dia lepas cuti Covid 19 nanti ke, atau buat-buat sesak nafas ke pastu tiba-tiba pengsan, bila kawan korang itu dah cuak, cakap lah “boo! I miss you!” Hehe! Baru sweet!

BERGADUH

via GIPHY

Rasanya, cara ini paling senang dan ramai orang selalu buat kan? Korang tiba-tiba bergaduh dengan kawan korang yang nak diprank pun best juga. Mesti dia blur habis dan cuak sampai fikir sejak bila dia buat onar dengan korang. Memang sesuai sangat untuk korang yang suka buat drama lebih dengan squad korang.

Nak prank kawan korang itu boleh saja, tetapi ingat! Jangan melebih dan jangan sampai ada perkara yang bahaya berlaku okay! Kena ingat bergurau mesti berpada-pada, jangan sampai nanti korang menyesal di kemudian hari. 

What do you think?

9 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Berapa Lama #DudukRumah Akan Berterusan?

Duduk Rumah Pun Kita Harus Ada Style