in ,

Cara Glow Up Diri Sebelum Masuk Sekolah

Sumber gambar: www.pinterest.com/mutnra

Bila sudah lama duduk di rumah, mesti banyak hal yang kita tinggal kan, betul tak? Contohnya, seperti hal jaga tidur, skincare, exercise pun mesti ke laut dan mental yang telah lama duduk tenang di rumah pun mesti korang sayang nak tinggalkannya betul tak? Lebih lagi, bila sekolah dah nak mula semula dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Jadi sebelum masuk sekolah mesti lah kita kena buat beberapa persediaan kan? Dan ini antara tips yang kami kongsi pada korang iaitu cara nak glow up kan diri sebelum masuk ke sekolah! Hehe! Dah ready ke tu?

JAGA SKINCARE

Sumber gambar: pinterest

Hal pertama yang wajib korang buat adalah jaga skincare routine korang. Dalam masa dua minggu sebelum masuk sekolah pada 15 Julai nanti, korang semua sempat saja untuk jaga kulit korang supaya lebih moist dan flawless. Korang boleh saja buat basic skincare dengan cuci muka, exfoliate, pakai pelembab dan face sheet mask dan lain-lain. Nanti masuk sekolah, nampak lah berseri sikit muka korang itu.

JOM EXERCISE

Sumber gambar: pinterest

Korang juga boleh lah cuba untuk exercise bermula sekarang. Ala… tak perlu susah-susah sampai nak turun berat badan. Asalkan korang bersenam untuk kembali kan stamina badan supaya tak jadi malas sangat nak masuk sekolah pun cukup. Korang boleh lah mula berjoging ke, buat kardio ke dan lain-lain supaya nanti bila masuk sekolah, badan korang akan lebih cergas.

JADUAL TIDUR

Sumber gambar: pinterest

Seterusnya adalah hal paling penting dan mesti majoriti antara korang yang ada masalah tidur lewat sepanjang kuarantin tempoh hari, betul tak? Jadi, mulai saat ini korang dah boleh buat jadual tidur dan mula didik diri untuk tidur awal semula sebelum nak masuk ke sekolah. Nanti tak adalah korang complaint yang korang tak cukup tidur lah atau banyak lagi alasan lain. Slowly but surely, pastikan diri korang tidur awal okay! Tak susah pun…hehe!Β 

MENTAL PREPARATION

Sumber gambar: pinterest

Antara benda yang wajib untuk korang get ready! Ya, persediaan mental pun antara salah satu yang korang perlu siapkan juga sebab kalau masuk sekolah tak ada mental preparation, macam mana korang nak belajar dan terima ilmu nanti. Jadi, korang kena lah bersedia untuk belajar, ada tugasan, mungkin juga aktiviti di sekolah akan diadakan semula. Just prepare yourself sahaja okay!Β 

Ha! Senang saja kan nak glow up semula untuk masuk sekolah nanti kan? Korang tak perlu susahkan diri apa pun. Semuanya hal senang, lagi pun nak cuti lama-lama pun buat apa kan? Bukannya korang boleh jalan-jalan di banyak tempat pun, jadi lebih baik pergi sekolah dan belajar dengan kawan-kawan lain. Ilmu dapat, otak pun lebih fresh sebab ada banyak pengetahuan! Hehe!Β 

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Kembali Dengan Lebih DRAMA!

Face App Jadi Trend, Ini Sebab Mufti Larang