in ,

Cara Elak Rasa Bersaing Dengan BFF

Sumber gambar: dramabeans.com

Kebanyakan orang akan ada Best Friend Forever (BFF) masing-masing, betuk tak? Perbezaan antara kita dan BFF itu pun adalah salah satu keunikan yang buatkan korang dan BFF saling melengkapi dan memahami antara satu sama lain. Ia ibarat kalau kita kurang pandai dalam sesuatu hal, BFF Kita akan tambahkan sesuatu bagi melengkapkan lagi hasil dalam sesuatu perkara supaya ia sentiasa sempurna. Walau bagaimanapun, rasa daya saing dalam naluri seorang manusia biasa ini pun tak mampu buat kita elakkan diri dari bersaing dengan BFF sendiri juga. Bukan kau sepatutnya kita perlu lebih bangga dan sentiasa sokong BFF kita sebab mereka pun adalah insan yang akan buat benda yang sama pada diri kita? Jadi kali ini biar kami kongsi dengan korang cara untuk elak rasa persaingan dengan BFF korang sendiri. Iyalah nantiΒ risau daripada hubungan BFF, lama-lama jadi sebaliknya pula.Β 

OPEN MINDED

Sumber gambar: Shutterstock

Antara yang pertama, korang perlu berfikir dengan lebih terbuka dan sentiasa berani tegas dengan diri sendiri. Kalau korang nak jadi yang terbaik, you do you tetapi bukan bermakna korang perlu mengorbankan hubungan friendship dengan BFF korang. Boleh saja kalau nak ada daya saing tanpa perlu cemburu dan hasad dengki dan pandang rendah satu sama lain, asalkan korang tetap saling menyokong untuk mengejar dan mencapai impian masing-masing.

SEDAR POTENSI

Sumber gambar: Deposit

Selain itu, korang mesti sedar akan potensi diri korang sama ada mampu atau tidak. Walaupun kita belum boleh sampai tahap untuk menyaingi BFF korang sendiri , setidaknya kita boleh buktikan kepada diri kita sendiri yang kita layak dan mampu capai apa yang kawan kita capai. Bila kita dah mula sedar potensi dalam diri, kita akan lebih menghargai apa yang kita miliki dan ia termasuk apa yang BFF kita miliki juga sehingga kita tidak ada perasan untuk bersaing dengan mereka dan kita pun akan rasa lebih mensyukuri sesuatu nikmat.

UPGRADE KEMAHIRAN

Sumber gambar: Freepik

Apa kata kalau korang upgrade sedikit kemahiran korang. Mana tahu dengan tingkatkan dan asah lagi kemahiran korang itu, korang akan lebih istimewa dari yang lain. Jadi, bila korang ada kemahiran lain yang istimewa tapi BFF korang tak ada. Bolehlah korang saling melengkapi bila memerlukan satu sama lain.

KOMUNIKASI YANG BAIK

Sumber gambar: Freepik

Dalam setiap hubungan komunikasi adalah kunci utama yang penting untuk kita memahami antara satu sama lain. Jika komunikasi itu baik, maka baiklah hubungan itu. Dalam masa yang sama kita juga perlu lebih rasa rendah hati dan buang semua ego sebab takut ia akan beri kesan kepada friendship korang. Walaupun ada rasa persaingan masih tetap untuk korang saling sokong antara satu sama lain ya!

SELESAI MASALAH SECARA BAIK

Sumber gambar: Next Shark

Korang pernah tiba-tiba fikir hal negatif bila sudah ada rasa persaingan dengan BFF? Dari awalnya yan sudah rapat pun boleh menyebabkan korang putus kawan sebab perselisihan yang dibiarkan secara berlarutan. Di sini apa yang penting adalah korang perlu bercakap dan menyelesaikan masalah secara baik supaya hubungan friendship akan lebih sihat.

Selepas ini, kalau korang sentiasa selesaikan masalah diri korang dengan BFF korang dengan baik. Rasanya hubungan itu akan lebih sihat, sebab BFF ibarat adik-beradik kita yang lain ibu ayah. Jadi, ia normal dan sihat untuk ada rasa persaingan itu sedikit tapi jangan pula salah satu pihak antara korang yang rasa itu sebagai cemburu yang akan menjejaskan hubungan korang dan BFF korang. Ish! Tak sayang ke hubungan korang dengan BFF korang yang selama ini berjalan dengan baik.Β 

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Motorola Buat Comeback, Cipta Phone ‘Lipat’

Cara Selesaikan Masalah Bila Adik-Beradik Keras Kepala