in ,

Cara Elak Mak Marah Bila Duduk Rumah Tak Buat Apa-Apa

Sumber gambar: 1mdb.com.my

Pagi-pagi dah kena bebel dengan mak. Haihh, lama lagi nak habis RMO ni. Lagi lama la nak kena dengar mak membebel, adoii lah.

Eh, mesti ada sebab tu kenapa mak korang membebel setiap pagi. Confirm sebab korang sendiri yang bangun lambat lepastu taknak mandi. Memang kena bebel la ceritanya sis. Hari-hari kena bebel sampai dah hafal skrip yang mak akan keluarkan. Korang pun mesti dah bosan nak dengar bebelan tu kan? So, kalau dah taknak dengar mak membebel, jom kita buat benda ni.

BANGUN AWAL PAGI

via GIPHY

Biasanya mak mak ni akan bangun awal untuk solat Subuh. So, untuk elakkan diri daripada kena bebel, baik korang bangun awal daripada mak tu. Atau pun bangun dalam pukul 6:30 ke 7 pagi. Ala. sebelum ni pergi sekolah boleh je bangun awal takkan ‘cuti’ kali ni tak boleh nak bangun awal pula? Korang mesti dah biasa bangun awal kan? Jangan disebabkan RMO ni alasan nak bangun lambat pula. Lagi pun kalau bangun awal ni rezeki masuk tau.

BUATKAN BREAKFAST/ MASAK MASAK

How to: organize your morning on We Heart It
Sumber gambar: Weheartit

Biasanya kalau bangun je pagi mesti breakfast dah siap, silap-silap terus makanan untuk lunch pun dah terhidang dekat atas meja tu. Maklum la, pukul berapa pula korang bangun kan? Jangan sampai minuman petang dah tersedia pun korang masih tak bangun lagi sudah. Sekali sekala bila dah bangun awal tu, masakkan la makanan untuk family. Tak kisah la korang nak buat breakfast atau masakkan lunch, asalkan ada makanan untuk dimakan. Agak kalau tak reti langsung nak masak tu, dapat tolong mak dekat dapur pun dah cukup. Tak ada la kena bebel selalu kan.

KEMAS RUMAH

The White Wall Controversy: How the All-White Aesthetic Has ...
Sumber gambar: Designsponge

Dah tak ada langsung aktiviti dekat rumah tu, kemas je satu rumah kasi lagi bersih. Let say memang dah bersih, bersihkan je lagi. Lagi-lagi dekat dapur tu, kemas je apa yang patut. Bagi mak korang masak dulu, after that korang pula take over dapur dan bersihkan dapur. Mesti banyak pinggan mangkuk yang perlu dibasuh dan dibersihkan. Buang sampah, lap dapur masak, cuci kuali semua tu. Tak ada la mak korang rasa penat sangat dekat dapur tu. At least buat benda ni selama seminggu, confirm lepas tu mak korang tak membebel dah, hehe! Try dulu, kalau berjaya, thanks me later okay girls!

STUDY

via GIPHY

Biasanya benda yang nak buat mak kita stop membebel dekat kita ialah study. Bila study, mesti la kena dalam situasi yang tenang. So, mak korang akan kasi ruang untuk korang study. Tapi make sure memang study la, bukan buat-buat study sebab nak mak stop membebel. Study je apa-apa yang patut. tak ada la korang bosan sangat. Mak korang pun tak ada sebab untuk marah sebab korang ada benda untuk dibuat. Bukan asyik main phone je 24/7.

Ainaa faham, korang dah terlampau bosan dekat rumah sebab kalau nak keluar ke mana-mana pun tak boleh. Cukup la keluar dekat depan rumah tu je. Itu pun risau juga kena marah dengan polis yang ronda dekat dalam kawasan rumah. Ha, lepak je la dekat dapur, ada makanan, hehe!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senarai Menu Masakan Mudah Boleh Belajar Di Rumah

Kesalahan Yang Selalu Tak Jangka, Ini Penyebab Muka Break Out