in ,

Cara Elak Kulit ‘Hangus’ Bila Pergi Sekolah

Zaman sekolah adalah zaman dimana kita explore banyak aktiviti luar. Sekolah bukan hanya fokus akademik saja tetapi ia juga ada sukan, sosial, kehidupan dan lain-lain pun kita akan titikberatkan supaya kita dapat score both bila habis sekolah nanti. Jadi dalam nak cuba pelbagai aktiviti yang boleh #Lunagirls explore waktu sekolah memang tak dapat dinafikan kulit kita mesti akan burn dan jadi semakin gelap dan kusam sebab kita terlalu aktif dan sibuk. Sebenarnya, kalau awak active boleh saja nak maintain kulit awak dengan cara yang mudah. Nah! jangan risau LUNARIA akan kongsikan dan kalau rajin nak sentiasa nampak ‘tak hangus’ depan crush bolehlah cuba.

WAJIB SUNBLOCK

youtube

Bila dah aktif, automatik korang wajib pakai sunblock setiap tiga jam. Lebih lagi untuk korang yang selalu berkawad dan bersukan secara outdoor bawalah sedar diri kini pancaran matahari sangat tak baik untuk kulit kita kalau kita terdedah lama. Sunblock bukan setakat yang aktif saja perlu pakai, yang kurang aktif pun perlu pakai. Apa yang penting, untuk yang aktif sebaiknya korang gunakan sunblock atas SPF 30 ya! 

Fun Facts!

Untuk yang suka swimming indoor pun sebenarnya perlu pakai sunblock sebab fungsi sunblock bukan sahaja lindungi kulit dari pancaran matahari.

ALOE VERA

hellogiggles

Penggunaan aloe vera atau lidah buaya memang sangat mudah sebab korang boleh dapatkan dimana-mana saja. Kelebihan aloe vera pun bukan sahaja dapat cool down kulit korang yang dah terkena matahari terik itu tau. Ini kerana aloe vera pun ada fungsi untuk lembapkan kulit korang supaya sentiasa segar. Nak lagi berkesan, korang sejukkan aloe vera setiap malam. Nanti bila dah balik sekolah, mandi dan terus apply

BEDAK SEJUK

blogspot.com

Walaupun tradisional tapi bedak sejuk sangat membantu kulit #Lunagirls untuk sentiasa cerah dan berseri sebab agen penting dalam bedak sejuk adalah beras. Macam yang kita pernah dengar sebelum ini fungsi beras dalam kecantikan sangat berkesan sebab bukan saja korang boleh cerah tapi ia boleh kekalkan kulit kita awet muda dan sentiasa anjal. Walaupun baunya agak busuk sikit bagi sesiapa yang tidak biasa tapi tak apa lama-lama bila dah biasa, bau itu pun dah sebati dengan deria hidung korang. Selamat mencuba

MANDI SUSU

timesjatim

Salah satu cara lain untuk kekalkan warna kulit korang yang aktif dengan aktiviti di sekolah ini adalah dengan mandi susu. Tak perlu setiap hari pun, dalam sebulan buat dua ke tiga kali pun sudah memadai. Ini sebab mandi susu sangat membantu sebagai agen untuk cerah dan lembutkan kulit korang. Lebih baik kalau guna susu kambing dicampurkan dengan madu, sambil itu sentallah juga setiap daki peluh pada badan kita ya.

SCRUBBING

edition.cnn

Kemudian, awak semua perlu ingat juga untuk scrub badan korang. Tidak kira sama ada nak gunakan scrubbing sponge atau lulur mandi yang boleh didapati di pasar raya. Tapi yang ini korang tak boleh buat selalu sebab ia boleh keringkan kulit korang. Jadi sekadar dua minggu satu kali pun sudah baik. Ingat juga bila kulit sunburn memang tak elok untuk di-scrub-kan. Jadi, kalau korang nak scrub itu buatlah pada hari weekend atau cuti yang selepas beberapa hari korang aktif di sekolah itu sebab kita tak nak #Lunagirls kita kulit terasa pedih sebab scrub okay.

Jadi selepas ini, #Lunagirls tak ada masalah untuk kekal berseri dengan kulit korang yang memang dah cantik itu. Memang penat dan leceh nak buat semua ini sebab balik sekolah dah penat, nanti belum lagi nak pergi tuition dan lain-lain memang tak ada masa. Tapi kalau korang nak kekal segar, tak salah pun untuk cuba perlahan-lahan supaya ia jadi rutin harian korang. Sebab benda ini pun manfaatnya dapat untuk diri awak sendiri. Hehe!

What do you think?

14 points
Upvote Downvote

Comments

Komen
    • Hi awak, kalau nak cakap berkesan atau tidak itu biasanya depends dengan jenis kulit awak macam mana dan tahap rajin awak selalu buat rutin itu juga. Hehe. Kalau cakap kesan sampingan dalaman rasanya insyAllah tak ada kut sebab semua yang kami kongsikan adalah bahan natural yang mana perlu apply di luar sahaja. Tapi ingat biasanya less is more. Jangan sebab nak cepat berkesan awak apply banyak-banyak. Have a good day!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Betul Ke Selalu Selfie ‘Dicium Matahari’ Boleh Jadi Buta?

Bila Ramai Ber-KAW KAW di MyTOWN Cheras!