in ,

Cara Elak Haters Di Social Media!

Sumber gambar: www.patch.com

Sekarang ini, dunia kita sentiasa terdedah dengan macam-macam perkara. Lebih lagi, lambakkan aplikasi media sosial yang mampu buat kita berhubung dengan dunia luar dan strangers yang tiba-tiba nak berkawan dengan kita. Disebabkan dunia yang terlalu open ini pun sebenarnya mampu mengundang benda-benda yang kita tak jangka akan beri kesan kepada hidup kita dan orang lain. Antara kesannya adalah yang sentiasa menjadi isu serius dalam masyarakat adalah cyberbully oleh followers di akaun media sosial korang. Betul tak, kadang-kadang strangers yang tak tahu A to Z hidup kita pun nak serang kita dengan komen buruk dekat media sosial kita bila kita kongsi joke dengan kawan-kawan dalam post. Hmm, memang tak best dan biar kami share dengan #Lunagirls juga beberapa tips untuk elak di’cyberbully’ oleh haters korang yang tak ada kerja lain selain nak kecam korang saja.

PRIVASI

Follows

Benda pertama yang wajib korang buat adalah tetapkan akaun korang kepada private! Ini memang benda yang paling penting korang perlu buat sebab once korang dah set akaun kepada privasi. Tak akan ada orang luar seperti strangers akan tiba-tiba lalu di timeline korang dan komen nasty things di post korang. Bila #Lunagirls tetapkan mod publik, itu sudah dikira, korang okay saja untuk orang lain yang korang tak kenal pun tengok akaun awak semua.

“OFF” KOMEN

zoelafciken

Selain itu, kalau korang off saja bahagian komen dalam post korang supaya tidak ada orang yang akan beri komen. Ya, dalam 10 komen itu mungkin semuanya baik-baik, boleh jadi semuanya agak jahat dan mungkin juga dalam 10 itu ada dua atau tiga saja yang kecam. Jadi, kalau korang rasa diri korang susah untuk terima beberapa komen yang agak negatif. Zoe sarankan off saja bahagian komen. Lagi pun, senang sikit kerja korang. Tak payah fikir nak reply apa dekat kawan yang komen sesuatu di post kita, betul tak?Β 

FIKIR SEBELUM POST

imgflip

Semua tindakan yang kita nak ambil memang kita kena selalu fikir. Tidak kira nak bercakap, nak buat sesuatu dan even sebelum nak post gambar dan update tweet dan lain-lain pun #Lunagirls wajib fikir sama ada ia sesuai untuk dikongsi dengan orang lain atau sekadar perlu simpan untuk kenangan diri sendiri saja. Sebab kita tak tahu, mata-mata yang perhatikan kita dan bukankah lebih baik kalau kita post benda yang baik-baik sahaja? Hehe!

APPROVE YANG KENAL

Make A Meme

Ya, ini pun satu! Bila dah private-kan akaun itu. Jangan pula korang gatal tangan nak approve orang yang tak kenal itu pula hanya sebab nak followers ramai. Apa kata, korang approve siapa yang korang kenal sahaja seperti keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan sahaja. Lagi senang dan terjamin sikit keselamatan dan risiko nak di-cyberbully itu kurang sikit sebab mereka kenal korang.

TUTUP AKAUN

WikiHow

Hmm, ini kira pilihan terakhir juga-lah mana-lah tahu walaupun dalam circle yang kita kenal pun suka mengecam dan sangat suka membawang. Lebih baik korang tutup sahaja akaun sebab itu adalah jalan paling selamat. Tak ada akaun media sosial pun korang boleh up-to-date juga sebab ada akaun Youtube pun sudah memadai untuk korang tahu banyak benda. Ala, berita dan hal-hal lain pun banyak dikongsi dalam Whatsapp group, jadi memang tak ada masalah. Selain itu, option lain seprti buat akaun tapi korang saja follow orang tapi korang tak perlu ada followers pun okay juga sebab ramai juga yang buat macam itu. Hehe!

Jadi selepas ini, untuk #Lunagirls atau kawan-kawan korang yang jenis terlalu overthinking tentang komen tidak baik dari orang lain sebaiknya korang ikut tips ini. Iya-lah, daripada di-cyberbully dengan kejam oleh orang lain, nanti korang ambil tindakan bukan-bukan pula pada diri korang. Keyboard warrior punya komen jahat ini kita tak tahu dan kita sendiri pun tak perlu-lah beria nak kecam orang sangat sebab kita tak tahu apa yang orang hadapi dalam hidup mereka, betul tak? Tapi itu memang dah lumrah hidup ada baik dan buruk. Lebih baik kita praktik yang baik saja, betul tak #Lunagirls?

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jangan Ingat Period Boleh Maki Orang Lain!

Aktiviti Hangout Untuk Bro Dan Member