in ,

Cara Elak Gaduh Dengan Adik-Beradik Di Rumah

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Bangun tidur dengar adik bising, kakak suruh buat itu ini. Penat asyik nak bergaduh je dengan adik-beradik! Cepatlah habis PKP!

via GIPHY

Korang dah sampai tahap give up duduk rumah sebab asyik bergaduh dengan adik-beradik ke? Bolehlah kita geng sebab Ainaa pun dah penat dengar kakak Ainaa bising dekat rumah, LOL! Tapi nak buat macam mana, kita kena ikut arahan duduk rumah. Ini semua pun demi kepentingan kita bersama juga.

Since sekarang dah nak masuk sebulan tempoh PKP, mesti korang sendiri dah penat nak bertengkar dengan mereka semua. Tapi ada caranya juga untuk elakkan daripada terus bergaduh. Cara ini mungkin sesuai untuk korang sebab Ainaa pun dah cuba test cara ini pada minggu lepas. Korang pun kena cuba juga tau!

KENAL PASTI PUNCA GADUH

How to stop siblings fighting: teen years | Raising Children Network
Sumber gambar: Raisingchildren

Setiap kali bangun pagi, mesti ada je benda yang buat kakak atau abang bising. Why not cuba kenal pasti punca utama dia bising. Adakah disebabkan korang tak kemas katil lepas bangun tidur atau tak tutup lampu bilik air lepas mandi? Cari dulu punca utama. Bila dah tahu punca kenapa dia bising, baru korang boleh ubah. Kalau tak tahu punca, macam mana nak hentikan pergaduhan atau bebelan kakak atau abang korang betul tak?

BUAT BEFORE DIA BISING

via GIPHY

Let say dekat rumah korang ada jadual siapa akan sidai kain, kemas rumah dan lain-lain. Untuk elakkan daripada korang dengar ‘nyanyian merdu’ kakak atau ‘jeritan manja’ abang, why not buat dulu kerja yang sepatutnya. Kadang-kadang kita ini selagi tak bising selagi itu takkan buat kerja. Bila dah bising tahu pula tak suka dengar. Kalau korang buat dulu kerja-kerja sebelum disuruh, mesti takkan dengar kakak, abang atau adik korang bising dekat rumah. Percayalah, cara ini memang sangat berkesan. Sis dah test!

BUAT PERJANJIAN DAN PERSETUJUAN

via GIPHY

Siapa je yang suka bergaduh dengan adik-beradik? Lagi pun korang akan menghadap muka masing-masing dalam tempoh yang panjang lagi. Sampai bila asyik nak bergaduh? Parents korang pun boleh give up dengar anak bergaduh setiap hari. Korang kena duduk berbincang sama-sama dan capai kata sepakat untuk elakkan pergaduhan terus berlaku. Boleh jadi perjanjian itu korang letak ganjaran untuk siapa yang bertahan tak bergaduh sesama sendiri, menarik tak?

REDHO JELAH

LAUGHINO BROTHER-SISTER SISTER-SISTER BROTHER-BROTHER | Sister ...
Sumber gambar: Meme

Nak atau tak nak nampaknya korang memang kena tetap bersabar kalau asyik bergaduh dengan adik-beradik yang lain. Kata orang gaduh sesama adik-beradik perkara biasa yang boleh mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Tapi berpada-pada kalau nak bergaduh. Rasanya korang sendiri kalau bergaduh dengan adik-beradik tak ada teruk sangat. Jangan sampai melampau sangat ya, nanti lain pula jadi kalau bergaduh melampaui batas. Dalam bergaduh mesti korang ada masa untuk beramah mesra dan berbaik dengan mereka betul tak?

Apa yang LUNARIA boleh pesan pada semua ialah bersabar. Gaduh macam mana pun dengan adik-beradik, jangan sampai berdendam. Minta maaf kalau pergaduhan itu berpunca daripada korang sendiri okay. Mak selalu cakap, bila dah jauh nanti rindu asyik mencari je.. Haa, habis PKP nanti kita tengok siapa rindu siapa okay!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

“Sejak PKP, Saya Pandai Main TikTok”, Kesan PKP Kepada Orang Ramai

Perasaan Sebenar Pelajar Sekolah Bila Cuti Lama