in ,

Cara Celebrate Hari Ibu Bertemakan ‘PKP’

Sumber gambar: Instagram @Ainaa_lunaria

Alamak! Hari Ahad ni Hari Ibu! Macam mana nak celebrate kalau tengah musim PKP ni? Nak pergi makan dekat restoran pun tak boleh, pergi mall pun tak boleh…

Apa nak risau? Walaupun kita masih dalam tempoh PKP, tetapi korang masih boleh lagi sambut Hari Ibu dekat rumah. Siapa cakap dekat rumah tak boleh nak sambut? Ada banyak cadangan yang Ainaa nak bagi dekat korang sempena Hari Ibu ni. Jom kita tengok apa yang korang boleh plan dengan adik-beradik yang lain untuk Ahad ni.

ANAK TAKE OVER DAPUR

food aesthetics . on We Heart It
Sumber gambar: Weheartit

Biasanya hari-hari mesti mak korang akan masak dekat dapur sampai kalau tak ada benda nak masak pun dia tetap nak duduk dekat dapur juga. Why not hari Ahad ni korang kasi mak korang cuti daripada memasak. Ajak semua adik-beradik take over dapur dan masak untuk satu keluarga. Bermula daripada sahur sehingga la berbuka, semua korang satu adik-beradik yang masak. Jangan cakap tak tahu nak masak apa pula, Ainaa dan Zoe ada share bermacam-macam resepi yang best tau. Korang tinggal pilih mana yang berkenan di tekak sahaja. Kalau dapat masak makanan favorite mak tu pun bagus juga, atau buat kek! Jimat duit tak perlu beli dekat kedai.

SPEND TIME TOGETHER

Mungkin disebabkan PKP ini, korang hanya banyak habiskan masa main phone, tengok TV atau study sahaja. Sekali sekala tu spend time la juga dengan mak tu. Mesti dia rindu nak berborak atau bergurau senda dengan korang kan? Nak lagi best, ajak tengok album lama dekat rumah, mesti seronok sebab dapat throwback satu family. Mana tahu nanti lepas habis PKP boleh plan holiday ke tempat yang mak korang teringin nak pergi kan?

AJAK ONLINE SHOPPING

22 Shopping Memes That Are Just Too Hilarious | SayingImages.com
Sumber gambar: Sayingimages

Cuba cakap perempuan mana yang tak suka shopping? Nenek korang tu pun mesti bersemangat kalau dengar nak ajak pergi shopping. Since sekarang shopping mall dah dibuka, tetapi keadaan agak seram juga kalau nak pergi window shopping kan? Tapi tak bermaksud kita kena batalkan cadangan ni, kita masih boleh online shopping! Ada bermacam-macam laman web dan apps yang menyediakan perkhidmatan menjual barang-barang. Daripada hujung rambut hingga hujung kaki, semua benda ada dijual secara online. Lagi best kalau dapat shopping beli periuk baru, lagi la mak korang seronok!

BERKEBUN

via GIPHY

Mak mak ni sebenarnya dia suka sangat berkebun. Paling simple pun mesti mak korang akan tanam daun pandan atau cili padi dekat belakang rumah kan? Dapat pula kalau korang join dia bercucuk tanam, lagi bersemangat la jadinya. Tak kisah la nak tanam apa seperti pokok bunga ke, sayur-sayuran atau herba sekali pun. Kata orang kalau berbudi pada tanah ni besar manfaatnya. Sekali tanam, kalau ada rezeki banyak hasilnya. Tanam pokok buah pun best juga, nanti bila dah sampai musim buah, satu family dapat merasa hasil tanamannya. Beli benih secara online pun boleh juga tau, lagi jimat kalau beli banyak-banyak.

ME TIME UNTUK IBU

via GIPHY

Ada banyak website menawarkan perkhidmatan servis seperti spa, saloon rambut, urutan badan dan bermacam lagi. Why not korang purchase apa-apa benda best dekat situ dan hadiahkan kepada mak korang. Kalau dapat share ramai-ramai, ambil pakej paling mahal pun tak salah rasanya, mesti lagi puas. Bila dah beli, suruh la mak korang pergi bila-bila masa selepas tamatnya tempoh PKP ni. Make sure pilih tempat yang kuponnya tiada limit waktu. Atau booking mana-mana tempat percutian untuk parents korang dan bagi mereka spend time together.

Banyak je sebenarnya benda yang kita boleh buat waktu musim PKP untuk meraikan Hari Ibu. Walaupun hari Ahad ini Hari Ibu, tapi tak bermaksud hanya waktu itu sahaja korang layan mak korang dengan baik. Hari-hari umpama Hari Ibu! Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di Malaysia!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Meriahkan Setiap Malam Ramadan, Naim Daniel Buat Live Bercerita Kisah Nabi!

Drama Korban Kasih Kena Kecam Tapi Masih Trending!