in ,

Cara-Cara Mencegah Jangkitan Coronavirus Di Sekolah

Sumber gambar: thehill.com

Belum habis virus influenza, eh tiba-tiba sekarang ini jangkitan novel coronavirus (2019-nCoV) pula melanda. Macam-macam penyakit sekarang ini. Dan apa yang paling menakutkan adalah virus ini tiada lagi penawar dan ubat. Banyak pihak yang bertanggungjawab, tengah busy mencari penawarnya! Termasuk World Health Organization (WHO) yang sedang berusaha keras untuk cuba selesaikan masalah ini. Jadi sementara banyak pihak sedang bergiat melakukan usaha untuk cuba cari penawar dan cegah penyakit ini, LUNARIA ada tips untuk korang jaga diri, khususnya untuk korang yang masih bersekolah.  

PASTIKAN MAKANAN MASAK SEPENUHNYA

via GIPHY

Pertama sekali, apa yang perlu korang buat memang sangat mudah. Pastikan bahan mentah makanan yang akan korang makan itu dibasuh sebersih-bersihnya. Contohnya ayam, ikan, sayur, buah dan lain-lain. Kalau korang masak pula, pastikan makanan yang digoreng, dikukus, direbus itu masak sepenuhnya tanpa ada bahagian yang mentah. Kalau korang nak tahu, salah satu punca penyakit coronavirus ini adalah berpunca dari makanan yang kurang masak dan itu memang bahaya untuk diri korang. 

SENTIASA CUCI TANGAN 

via GIPHY

Selain itu, pastikan korang sentiasa cuci tangan korang walau ke mana sahaja korang pergi. Semasa cuci nanti, gunakan sabun dan seterusnya keringkan secara bersih dan apply hand sanitizer terus supaya kuman di tangan korang itu memang betul-betul sudah tiada. Pastikan tutup mulut jika korang bersin atau batuk.

PAKAI TOPENG MUKA

via GIPHY

Disebabkan korang akan sentiasa keluar dan buat aktiviti secara outdoor dan berjumpa dengan orang sekeliling yang korang tak kenal, lebih lagi masih dalam musim perayaan Tahun Baru Cina yang ramai lagi saudara kawan-kawan kita dari China datang melawat negara kita. Jadi memang korang wajib pakai topeng muka yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

ELAK SENTUH HAIWAN ATAU BURUNG 

via GIPHY

Sebaiknya juga korang elakkan menyentuh haiwan khususnya burung secara terus. Korang boleh pakai sarung tangan kalau nak sentuh haiwan sebab punca coronavirus ini dikatakan dari haiwan utamanya burung. Untuk mengelakkan apa-apa terjadi dengan korang, sebaiknya jangan sentuh apa-apa haiwan buat sementara waktu ini. 

SEGERA KE DOKTOR JIKA SAKIT

via GIPHY

Jika korang ada tanda-tanda sakit pada waktu sekarang ini, jalan terbaik adalah untuk korang segera jumpa doktor. Sebab segala kemungkinan boleh terjadi, orang kata lebih baik mencegah daripada merawat betul tak? Jadi, korang kena pastikan yang korang tidak akan ambil mudah dengan sakit korang, lebih lagi korang yang jarang sakit. Memang ya sebelum ini antibody korang kuat tetapi kalau satu dunia tengah menghadapi coronavirus ini, sebaiknya kita jumpa sahaja doktor untuk dapatkan kepastian.

Mudah sahaja sebenarnya untuk korang ambil langkah berjaga-jaga dan keselamatan utamanya pada musim jangkitan novel coronavirus ini masih aktif. Walau apa pun yang terjadi, korang wajib utamakan kesihatan korang dahulu dan sentiasa juga nasihatkan kawan-kawan dan keluarga untuk mengikuti tips pencegahan yang sepatutnya korang ikut. 

What do you think?

18 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tricks Ambil Gambar Gaya Influencer IG

Betul Ke Warna Hitam Buat Kita Nampak Kurus?