Baru-baru ni #Lunagirls ada baca berita tentang satu kes seorang budak meninggal sebab renjatan elektrik akibat pakai earphone sambil tidur at the same time dia caj telefon? Perkara ini sangat bahaya girls.. Harini LUNARIA akan share tentang cara yang betul dan selamat untuk charge phone!
CHARGER ORIGINAL
Penggunaan charger original adalah lebih selamat girls! Setiap charger original ada spesifikasi voltan yang dah ditetapkan dalam mengikut jenis phone.. Tapi kalau charger original #Lunagirls rosak, korang boleh guna cable third party yang berkualiti dan berjenama okay!
STOP CAJ BILA BATERI DAH PENUH
#Lunagirls suka biarkan phone di caj sampai pagi walaupun bateri dah 100%? Haipp, no no girls! Jangan buat cara tu lagi tau.. bateri phone korang akan alami high-tension-state! Maksudnya tenaga kimia dalam phone berkurang menyebabkan phone akan mudah rosak!
ELAK GUNA FAST CHARGER!
Ada smartphone yang ada feature fast charging.. Tapi tak semua jenis phone sesuai untuk guna cable fast charging! Sebab ia akan mengalirkan arus elektrik lebih tinggi jika dibandingkan dengan cable biasa..
WIRELESS CHARGER
Sekarang ni semua benda orang nak buat dengan mudah! Dan wireless charger sekarang jadi pilihan orang ramai sebab katanya senang tak payah nak ada cable! Tapi sebenarnya ada bahayanya #Lunagirls! Jika salah guna, ia akan keluarkan haba yang akan buat bateri cepat panas..
So girls, LUNARIA harap selepas ni korang akan lebih berhati-hati semasa caj smartphone okay! Make sure jangan pakai earphone sambil caj phone dalam jangka masa yang lama! Ingat girls, malang tidak berbau..
Comments
0 comments